Sabtu, 29 September 2012

Pujian...

assalamulaikum...sgl puji bagi Allah..Tuhan sekalian alam..emm..hari itu, da seorang kawan Nur ni mendapat pujian daripda seorang lelaki..maklumlah kawan Nur ni memang baik orangnya..lemah lembut dan kalau lelaki melihat sikap dia kan..mesti ada yang terpikat..tp Nur tengok dia mcm sdh je..selalunya orang yang mendapat pujian ni mesti gembira kan?..lepas tu Nur tanyalh kenape kot2 dia ada masalah ke yang buat dia rasa lain..lalu dia cerita kt Nur tentang sesuatu yang dia baca..dan siap dia hantar msj kt Nur..dan Nur bacalah..

"ada satu pesanan penting yang saya nak bagitau pada lelaki.yang saya kira sangat-sangat penting..

...tolong jangan puji kecantikan
seseorang wanita itu di hadapannya..
hatta..jangan puji apa-apapun berkaitan dengan diri seseorang wanita itu di hadapannya..

...tambah-tambah lagi...
jangan puji jika kamu menyukainya..
kecuali...............................
jika wanita itu ISTERI kamu...
maka..
pujilah tanpa henti..
tapi...
jika tidak..jangan puji..
kenapa????


...kerana wanita itu SANGAT LEMAH dengan pujian..
saya mohon..jangan rapuhkan hati seorang wanita dengan pujian..
pujian itu menghancurkan..
menbunuh kekentalan hati..
seorang wanita...

...jika tidak tahan sangat nk puji..
pujilah depan orang lain atau di dalam hati..
jangan sampai dia tahu kamu sedang memujinya..
tolong yaaa...
wanita itu halus hatinya..
percikan pujian mampu membunga rasa..
jiwa makin terjentik bila syaitan membisik bersama....

emmm..bila Nur baca..memang da betulnya..jadi renung-renungkan lah..dan sesiapa yang bernama wanita..kuatkan hatimu dengan Iman..agar dirimu menjadi wanita solehah dan tidak terpedaya dengan indahnya dunia..

cantikkan gambar Rusydee Artz ni..pa yang disampaikan pun cantik..ingatlah wahai wanita..dirimu amat berharga..(^_^)..





Khamis, 27 September 2012

Muhammad Ali..



Nur jumpa gambar ni dalam facebook dan Nur rasakan hampir semua orang kenal siapa lelaki dalam gambar ni..Dialah Muhammad Ali seorang lagenda tinju dunia juga dikenali "The Greatest Boxer". Daripada apa yang Nur baca juga, Muhammad Ali ni menjadi terkenal kerana karakternya yang tegas, berpegang teguh pada prinsip, percaya pada diri sendiri dan lantang menyatakan sesuatu apa yang difikirkan benar olehnya.

Sebab itulah, karakter2 beliau membuatkan beliau seorang Muslim yang berkulit hitam di Amerika Syarikat yang dihormati oleh golongan rakyat daripada yang rendah sehinggalah yang tertinggi iaitu Presiden Amerika Syarikat sendiri.

Itulah yang Nur tahu serba sedikit tentang Muhammad Ali hasil dari pembacaan Nur. Tapi sebenarnya bukan perkara tersebut yang Nur ingin sampaikan tetapi anggaplah sebagai pengetahuan tambahan =) sebab pertama kali Nur lihat gambar di atas..Nur rasa best bila baca apa yang dikatakan oleh Muhammad Ali. Walaupun beliau dianggap masyarakat dunia sebagai lagenda tinju..tetapi beliau tidak lupa siapa pencipta yang Maha Berkuasa, renunglah tentang apa yang dikatakannya.."Saya tak merokok, tapi saya sentiasa bawa sekotak mancis di dalam poket, bila hendak buat satu dosa, saya akan nyalakan mancis tadi dan genggam, kemudian saya akan katakan kepada diri saya sendiri "Ali, api dari sebatang mancis ini pun tak dapat nak tahan. Apatah lagi kepanasan api neraka".(Muhammad Ali)..

Ya Allah..hati Nur berkata sendiri. Memang benar apa yang dikatakan oleh beliau. Pesan Nur buat diri ini..sedarlah Allah Maha Berkuasa dan takutlah api neraka Allah..Ya Allah..layakkah diri Nur ke syurgaMu..terimalah diri hambaMu ini ya Allah..astaghfirullah...

Hanya keranaMu Ya Allah

Sungguh indah bila kita lihat kawan-kawan kita yang pandai dan berbakat dalam penulisan. Dulu ada seorang kawan  memberitahu Nur yang dia suka menulis. Jadi Nur beri dia semangat supaya dia menulislah kerana Allah..

Bila Nur lihat bakat dia..emm..boleh tahan juga dalam penulisan2 ni..cantik ayat2 yang ditulis. Yang lebih cantik apabila ayat yang ditulis sebagai sebahagian dakwah dalam hidup dia.

Nur harap dia teruskan usaha dia..menjadi seorang wanita solehah dan menjadi seorang pendakwah..dan bersyukur kerana Allah kurniakn bakat tersebut..

dan gunakanlah bakat tersebut sebaik mungkin..dan lakukan hanya kerana Allah..kerana bagi Nur ayat yang ditulis jika disertakan dengan niat kerana Allah dan agama..walaupun sedikit..kesannya melimpah dn jauh menusuk di dalam hati..insya Allah...

renunglah....



Ya Allah...ampunilah hambaMu ini...

Ahad, 23 September 2012

untukmu Duhai bakal suamiku..

Benarkah itu cinta..kalau kita semakin keji dan hina ? Benarkah itu cinta, kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri? Benarkah itu cinta, kalau kehidupan kita hilang pedoman lalu terdampar di pantai maksiat?

"Cintailah aku dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesederhanaan dan keikhlasan "...

Duhai bakal suamiku..
Dan ketika dirimu resah dalam menanti kehadiranku,
Berdoalah pada Allah dan memohonlah hanya kepadaNya dan berusahalah kerana aku hanya insan yang tiada daya upaya dan sesungguhnya Allah pemilik Nyawaku.

Duhai bakal suamiku..
Dan aku mengharapkan agar dirimu memohonlah pada Dia yang berhak..
Milikilah jiwaku keranaNya..
Dan milikilah hatiku dengan izin Allah SWT..
Dan milikilah cintaku, diriku kerana agamaNya..
"pada di saat aku jauh darimu, aku akan selalu menjaga hatiku untukmu..
Akan aku selalu menjaga hatiku buatmu "..
kadang kala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang..
Disaat kita sedang kehilangannya..
Dan kadang kala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita..
Disaat kita amat memerlukannya..

Duhai hatiku...
Namun setelah sekian lama..
Aku merasa lelah berharap..
Letih menanti sesuatu yang tidak pasti..
Aku merasa diberi harapan kosong dan tidak pernah kamu beri jawapan..
Membuatkan aku sendiri terdampar di lautan persoalan yang penuh dengan jawapan tak pasti..

Duhai bakal suamiku..
Di sinilah bermulaya perjalanan menuju destinasi yang tinggi dan mulia..
Dan apabila kita sedar bahawa kita perlu berubah dan sentiasa meningkatkan diri..
Inilah langkah pertama bagi mencapai apa saja bentuk kejayaan yang diimpikan..
Langkah pertama inilah akan mencetuskan langkah kedua dan seterusnya...

Duhai bakal suamiku..
Dan disinilah letaknya keajaiban dalam perjalanan hidup kita..
Hanya kita yang memulakan perjalanan ini..
Asalkan kita memilih untuk mulakannya..
Sekarang maka perjalanan ini akan bermula dan sekiranya kita berhenti..
Maka perjalanan kita juga berhenti..

Duhai bakal suamiku..
Engkau yang akan membimbingku..
Dan engkaulah akan punyai tanggungjawab terhadap kita..
Agar engkau selalu ada kekuatan di dalam dunia kita nanti..
Akan aku selalu ada disampingmu duhai bakal suamiku..
sehingga nafas terakhirku..


Amin.semoga cinta kita di dalam restu Illahi..

Sabtu, 22 September 2012

7 mata yang dicintai oleh Allah


1, Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah jihad pada Jalan Allah SWT..

2, Mata yang berjaga malam di Jalan Allah..

3, Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah..

4, Mata yang memerhati dan memuji kejadian Allah..

5, Mata yang memandang dan membaca al-Quran mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan..

6, Mata yang sentiasa bertahan dan bersabar daripada memandang perkara yang haram..

7, Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang...

cukuplah Cinta Allah buatku..



Kata orang cinta itu indah, hati Rabiah berfikir sejenak memang benar JIKA mengikut landasan yang benar lalu dirinya tersenyum sendiri..Rabiah merenung jauh terkenang pertama kali dirinya jatuh cinta, rasa gembira melihat wajah si dia setiap hari. Lebih-lebih lagi bila si dia menjadi imam tambahan pula ketika itu pelajar yang tinggal di asrama diwajibkan untuk solat berjemaah di surau. Tiba-tiba air mata Rabiah mengalir..hati kecil menangis, Ya Allah maluku padaMu pada saat itu, di manakah hatiku pada saat aku sujud padaMu..fikiranku melayang pada seseorang.

Pada masa itu, hati Rabiah semakin hari semakin resah, perasaan di dalam hati seperti air yang penuh di dalam gelas yang hampir melimpah keluar." Aku nekad, perasaan ini harusku luahkan," kata Rabiah pada rakannya. Dengan pertolongan rakannya, perasaan itu sampai kepada sang pemuda yang dicintai. Lantas, bermula sebuah perkenalan sehingga menjadi sepasang kekasih. Rabiah mengesat air mata yang semakin laju mengalir, memori lama membunuh hatinya, pada saat digelar kekasih, kenapa pada saat itu, hatinya mula lalai. Dahulu pakaian longgar indah menutup tubuh, tetapi pakaian ketat menjadi pilihan, hanya semata-mata ingin menarik hati kekasihnya memandangnya.

Hati yang dahulu tenang, semakin hari semakin terasa jauh pada yang Esa. Akan tetapi Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang masih sayangkn hambaNya, lalu diri Rabiah disedarkan kembali. Kekasih hati berpindah ke ke tempat baru, wajah yang dahulu selalu dipandang kini hilang jauh di mata. Hati Rabiah pada saat itu seakan bunga yang layu tanpa air, rindukan pada pemuda yang dicintai. Semakin hari semakin jauh, hilang khabar berita. Bila hati hanya teringat pada kekasih hati, diri menjadi lemah. Ibadat Rabiah semakin dilupakan dek kerana ingatan hanya melayang terkenang pada kekasih yang pergi tanpa khabar berita, pesanan sms tidak dibalas, terus mematah semangat hati seorang wanita.

Lama tanpa khabar berita, tiba-tiba hadir berita yang terus menghancurkan hati Rabiah. Pemuda yang dahulu dia cintai kini menjadi milik seseorang. Bertahun dia menunggu, rupanya kumbang terbang mencari madu yang lain. Hati Rabiah bagai meraung menangis sendiri, hilang semangat, hilang harapan hampir sahaja lupa pada Sang Pencipta. Di saat hati terluka, diri Rabiah terabai mengenang nasib menimpa lalu menjerit sekuat hati, "aku memang wanita yang malang, tidak ada seorang lelaki hendakkan diriku". Tersedu-sedu dirinya menangis.Tiba-tiba sepucuk surat hadir, pesanannya ringkas..tapi membuka pintu hatinya untuk kembali kepada Allah,

"Rabiah...aku tahu dirimu sedang bersedih..tetapi ingatlah Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah sentiasa mengampun dosa-dosa HambaNya yang bertaubat dan ingin kembali kepadaNya..wahai sahabatku yang dikasihi..kiranya tiada cinta insan untukmu, cukuplah Cinta Allah penyuluh hidupmu, kelak akan hadir cinta untukmu daripada insan yang mencintai Allah sebagaimana cintamu terhadapNya"..
                                                                                                                       
                                                                                                                     Sahabatmu..
                                                                                                                      Siti Nurhafida.


Dari saat itu, Rabiah memperbaiki dirinya, merawat hatinya untuk kembali kepada Allah. Ibadat yang dahulu dilupakan, kini Rabiah lakukan seikhlas hati hanya ingin mencapai redha dariNya. "aku percaya padaMu Ya Allah, sesungguhnya janji Allah itu pasti" bisik Rabiah di dalam hati, dirinya tersenyum meskipun air mata masih mengalir tetapi hatinya sudah tenang, tenang hanya memikirkan CINTA HAKIKI, CINTA ALLAH YANG ABADI....dirinya tersenyum lagi...

ALLAH IS ENOUGH FOR ME... =)




Jangan bersedih andai merasa dirimu tidak cantik..


hayatilah kisah ini...
Berlangsung majlis makan di rumah saudagar terkaya di Kota Basrah, bernama Muslim bin Umran. Majlis itu dihadiri pembesar dan pegawai tertinggi termasuk Ahmad bin Aiman. Tetamu yang turut serta dalam majlis itu adalah dua putera Muslim, yang tampan rupa paras dan halus budi bahasa. Semua hadirin berasa kagum pada keelokan sifat anak-anak itu. Ahmad bin Aiman terpegun melihat rupa paras kedua-dua putera Muslim bin Umran. “ Subhanallah , aku belum pernah melihat boneka seindah dua anak ini. Seakan-akan malaikat memberikannya pakaian. Pasti ibu kedua-dua anak ini secantik bidadari”.

“Saudara doakan perlindungan Allah untuk anak-anak ini. Usah mengagumi begitu sahaja.” Muslim bin Umran begitu mengharapkan, segala kebaikan yang dikurniakan oleh Allah kepada kedua-dua anaknya, beroleh keberkatan yang berkekalan.  Ahmad bin Aiman menghampiri kedua-dua anak itu sambil mengusap-usap kepala mereka, berserta doa memohon kesejahteraan. Lantas, dia menyambung komentarnya kepada Muslim bin Umran, “Engkau pandai memilih isteri. Lihat betapa halusnya budi pekerti mereka. Tentu ibunya puteri yang membawa didikan dari istana.” Muslim bin Umran pantas menjawab, “Engkau silap saudara, isteriku bukan begitu. Wajahnya sangat hodoh dan cacat pula”. Berubah air muka Ahmad bin Aiman mendengar kata-kata Muslim bin Umran yang dianggapnya keterlaluan, “Engkau melampau, tergamak menghina isteri sendiri.  Tidak mungkin ibu yang hodoh melahirkan anak yang menawan”.

Ahmad bin Aiman memang sukar mempercayai kata-kata Muslim bin Umran.  Matanya melihat kecantikan pada wajah dan tingkah laku anak, tidak mungkin yang indah lahir daripada yang hodoh. Muslim bin Umran juga mengerti perihal kekeliruan yang ditimbulkan oleh sahabatnya, terpaksa beliau membentangkan kisah sebenar bagaimana beliau membuat pilihan dan bertemu jodohnya. Muslim bin Umran memulakan kisahnya dengan tenang dan perlahan, “ Semuanya bermula ketika aku memulakan hidup sebagai pedagang. Sejak bertolak dari kediaman asal di Ubullah, aku berharap pada suatu hari nanti akan beroleh isteri jelita lagi solehah. Hidup sebagai pedagang membawaku merantau jauh. Sehingga aku sampai ke Balakh, ibu kota Khurasan. Di sana aku bertemu imam terkenal, Abu Abdullah al-Balakhi. Aku sangat tertarik dengan ceramahnya, beliau menghuraikan maksud hadis nabi, "seorang wanita yang hitan lebih baik daripada seorang wanita yang cantik yang mandul."

Hitam yang dimaksudkan di sini bukan sekadar warnanya, malah rupa keadaan yang sama sekali tidak menarik pandangan lelaki. Hadis ini diungkapkan bertujuan menganakat nialai martabat wanita. Bermakna waniata dinilai pada kemampuan melahirkan zuriat serta mendidik sebaik-baiknya. Al-Balakhi juga menceritakan, Ahmad bin Hanbal sewaktu membuat pinangan untuk dirinya, memilih yang buta tapi cerdik akal. Dia menolak yang cantk. tapi kurang ilmu. Walaupun pada pandangan umum, kekurangan fizikal itu tidak sepadan, namun kesempurnaan akal melengkapkan segalanya. Melaluinya, wujud keadaan salin memerlukan daripada pasangan terlibat, lantas mewujudkan keserasian dalam rumah tangga antara suami dengan isteri.

Selepas penjelasan imam itu, perasaanku menjadi tenang. Aku mulai menaruh harapan memperoleh isteri yang benar-benar solehah, walaupun cacat. Lama juga aku merantau dan mencari, namun tidak juga aku temui calon isteri yang dihajatkan. Sehingga aku pulang ke Basrah, di sini aku mendapat tahu ada orang alim yang mempunyai anak gadis yang menjadi rebutan. Ramai yang meminang tetapi ditolak bapanya. Aku memberanikan diri melamar anak orang alim itu. Aku menyatakan hajat dan pendirianku inginkan jodoh yang solehah, walaupun cacat. Akhirnya pinanganku diterima. Namun aku dikenakan syarat, hanya dapat melihat jodohku selepas diijab kabulkan. aku pasrah dan menyerahkan segala ketentuan jodohku dalam urusan Allah. Aku yakin Allah menentukan yang terbaik untukku. Aku pujuk pandangan mataku tunduk kepada pandangan hatiku dan memohon kepada Allah supaya aku tenang menerima isteri yang membawaku kepada reda Allah.

Apabila bernikah dan diraikan dengan jamuan sederhana, aku disuruh menemui isteriku. Aku terkejut. Hampir sahaja aku pengsan melihat kebenaran perihal wajah isteriku yang hodoh dan cacat. semakin aku memandangnya. tidak terfikir olehku melainkan terngiang-ngiang kata-kata al-Balakhi, "seorang wanita yang hitam lebih baik daripada wanita cantik yang mandul". Sekarang kenyataannya, aku berhadapan dengan wanita seperti itu. Isteriku memegang tanganku lalu berkata, "saya mengerti betapa kecewanya matamu. Begitu juga yang menyeksa perasaanku, sekiranya kejelitaan yang dirimu harapkan. Ambil dua kelebihan daripadaku ini. Pertama, aku sentiasa taat dan menuruti segala kehendakmu. Kedua, ambil hartaku dan nikah  lagi sekehendakmu, asalkan aku kekal sebagai isterimu." Aku nyatakan isi hatiku kepada isteriku. "Demi Allah, aku jadikan dirimu sebahagian daripada duniaku, kelak kusanjung dan kumuliakan sepanjang hayatku, hanya engkau wanita yang mengisi hatiku. Aku pasti menutup rapat mataku dan memalingkan pandanganku daripada wanita lain".

Keyakinan Muslim Bin Umran menjadi limpahan rahmat yang sungguh membahagiakan kehidupannya. Isteriny yang hodoh pada pandangan mata orang lain menyejukan pandangan mata Muslim bin Umran. Diri wanita itu dahulunya umpama pohon terbiar seolah-olah menerima hujan rahmat yang menyuburkan dan menyegarkannya. Perjalanan kehidupan mereka seterusnya membuktikan, wanita itu orang yang bijak dan cerdas. Kelebihan akalnya menjadi bukti kepada kecantikan hakiki. Perlahan-lahan hodoh wajahnya menghilang dan terlihat pada mata hanya keindahan tingkah laku. Begitu hasil pengorbanan yang tinggi, selayaknya beroleh ganjaran yang luar biasa. Isteri Muslim bin Umran bersungguh-sungguh berdoa mengharapkan lahirnya anak-anak yang soleh yang dapat memikat pandangan. Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak mensia-siakan pergorbanan hati suami isteri itu. Mereka dikurniakan dua putera yang cantik rupa paras dan sopan tingkah lakunya. Begitu tingginya nilai iman dan takwa sehingga mampu menerbitkan keserasian yang membahagiakan. Segala yang indah pada pandangan hati berupaya mengalahkan kejelitaan lahiriah pada pandangan mata. Ganjaran daripada-Nya, luar biasa hebat.

Sekiranya kita renungi dengan lebih teliti peribadi rahsia kebahagian dalam kisah suami isteri itu, kita dapat simpulkan kebahagian tidak hanya terletak pada paras rupa yang memikat sahaja. Keutamaan teguh melalui pegangan agama dan ketaqwaan menjadi yang terbaik, serta dapat menutupi keburukan pada warna kulit yang hitam. Suami lebih bahagia sekiranya isteri yang solehah dan tulus menjaga kehormatan dirinya apabila ditinggalkan oleh suami. Secara lengkapnya, dalam memilih calon suami ataupun calon isteri yang serasi. semestinya hasil itu membawa kita semakin dekat dengan cinta Allah.

ISTIKHARAH CINTA, indah dalam hati jelita pada wajah..