Sabtu, 22 September 2012

Jangan bersedih andai merasa dirimu tidak cantik..


hayatilah kisah ini...
Berlangsung majlis makan di rumah saudagar terkaya di Kota Basrah, bernama Muslim bin Umran. Majlis itu dihadiri pembesar dan pegawai tertinggi termasuk Ahmad bin Aiman. Tetamu yang turut serta dalam majlis itu adalah dua putera Muslim, yang tampan rupa paras dan halus budi bahasa. Semua hadirin berasa kagum pada keelokan sifat anak-anak itu. Ahmad bin Aiman terpegun melihat rupa paras kedua-dua putera Muslim bin Umran. “ Subhanallah , aku belum pernah melihat boneka seindah dua anak ini. Seakan-akan malaikat memberikannya pakaian. Pasti ibu kedua-dua anak ini secantik bidadari”.

“Saudara doakan perlindungan Allah untuk anak-anak ini. Usah mengagumi begitu sahaja.” Muslim bin Umran begitu mengharapkan, segala kebaikan yang dikurniakan oleh Allah kepada kedua-dua anaknya, beroleh keberkatan yang berkekalan.  Ahmad bin Aiman menghampiri kedua-dua anak itu sambil mengusap-usap kepala mereka, berserta doa memohon kesejahteraan. Lantas, dia menyambung komentarnya kepada Muslim bin Umran, “Engkau pandai memilih isteri. Lihat betapa halusnya budi pekerti mereka. Tentu ibunya puteri yang membawa didikan dari istana.” Muslim bin Umran pantas menjawab, “Engkau silap saudara, isteriku bukan begitu. Wajahnya sangat hodoh dan cacat pula”. Berubah air muka Ahmad bin Aiman mendengar kata-kata Muslim bin Umran yang dianggapnya keterlaluan, “Engkau melampau, tergamak menghina isteri sendiri.  Tidak mungkin ibu yang hodoh melahirkan anak yang menawan”.

Ahmad bin Aiman memang sukar mempercayai kata-kata Muslim bin Umran.  Matanya melihat kecantikan pada wajah dan tingkah laku anak, tidak mungkin yang indah lahir daripada yang hodoh. Muslim bin Umran juga mengerti perihal kekeliruan yang ditimbulkan oleh sahabatnya, terpaksa beliau membentangkan kisah sebenar bagaimana beliau membuat pilihan dan bertemu jodohnya. Muslim bin Umran memulakan kisahnya dengan tenang dan perlahan, “ Semuanya bermula ketika aku memulakan hidup sebagai pedagang. Sejak bertolak dari kediaman asal di Ubullah, aku berharap pada suatu hari nanti akan beroleh isteri jelita lagi solehah. Hidup sebagai pedagang membawaku merantau jauh. Sehingga aku sampai ke Balakh, ibu kota Khurasan. Di sana aku bertemu imam terkenal, Abu Abdullah al-Balakhi. Aku sangat tertarik dengan ceramahnya, beliau menghuraikan maksud hadis nabi, "seorang wanita yang hitan lebih baik daripada seorang wanita yang cantik yang mandul."

Hitam yang dimaksudkan di sini bukan sekadar warnanya, malah rupa keadaan yang sama sekali tidak menarik pandangan lelaki. Hadis ini diungkapkan bertujuan menganakat nialai martabat wanita. Bermakna waniata dinilai pada kemampuan melahirkan zuriat serta mendidik sebaik-baiknya. Al-Balakhi juga menceritakan, Ahmad bin Hanbal sewaktu membuat pinangan untuk dirinya, memilih yang buta tapi cerdik akal. Dia menolak yang cantk. tapi kurang ilmu. Walaupun pada pandangan umum, kekurangan fizikal itu tidak sepadan, namun kesempurnaan akal melengkapkan segalanya. Melaluinya, wujud keadaan salin memerlukan daripada pasangan terlibat, lantas mewujudkan keserasian dalam rumah tangga antara suami dengan isteri.

Selepas penjelasan imam itu, perasaanku menjadi tenang. Aku mulai menaruh harapan memperoleh isteri yang benar-benar solehah, walaupun cacat. Lama juga aku merantau dan mencari, namun tidak juga aku temui calon isteri yang dihajatkan. Sehingga aku pulang ke Basrah, di sini aku mendapat tahu ada orang alim yang mempunyai anak gadis yang menjadi rebutan. Ramai yang meminang tetapi ditolak bapanya. Aku memberanikan diri melamar anak orang alim itu. Aku menyatakan hajat dan pendirianku inginkan jodoh yang solehah, walaupun cacat. Akhirnya pinanganku diterima. Namun aku dikenakan syarat, hanya dapat melihat jodohku selepas diijab kabulkan. aku pasrah dan menyerahkan segala ketentuan jodohku dalam urusan Allah. Aku yakin Allah menentukan yang terbaik untukku. Aku pujuk pandangan mataku tunduk kepada pandangan hatiku dan memohon kepada Allah supaya aku tenang menerima isteri yang membawaku kepada reda Allah.

Apabila bernikah dan diraikan dengan jamuan sederhana, aku disuruh menemui isteriku. Aku terkejut. Hampir sahaja aku pengsan melihat kebenaran perihal wajah isteriku yang hodoh dan cacat. semakin aku memandangnya. tidak terfikir olehku melainkan terngiang-ngiang kata-kata al-Balakhi, "seorang wanita yang hitam lebih baik daripada wanita cantik yang mandul". Sekarang kenyataannya, aku berhadapan dengan wanita seperti itu. Isteriku memegang tanganku lalu berkata, "saya mengerti betapa kecewanya matamu. Begitu juga yang menyeksa perasaanku, sekiranya kejelitaan yang dirimu harapkan. Ambil dua kelebihan daripadaku ini. Pertama, aku sentiasa taat dan menuruti segala kehendakmu. Kedua, ambil hartaku dan nikah  lagi sekehendakmu, asalkan aku kekal sebagai isterimu." Aku nyatakan isi hatiku kepada isteriku. "Demi Allah, aku jadikan dirimu sebahagian daripada duniaku, kelak kusanjung dan kumuliakan sepanjang hayatku, hanya engkau wanita yang mengisi hatiku. Aku pasti menutup rapat mataku dan memalingkan pandanganku daripada wanita lain".

Keyakinan Muslim Bin Umran menjadi limpahan rahmat yang sungguh membahagiakan kehidupannya. Isteriny yang hodoh pada pandangan mata orang lain menyejukan pandangan mata Muslim bin Umran. Diri wanita itu dahulunya umpama pohon terbiar seolah-olah menerima hujan rahmat yang menyuburkan dan menyegarkannya. Perjalanan kehidupan mereka seterusnya membuktikan, wanita itu orang yang bijak dan cerdas. Kelebihan akalnya menjadi bukti kepada kecantikan hakiki. Perlahan-lahan hodoh wajahnya menghilang dan terlihat pada mata hanya keindahan tingkah laku. Begitu hasil pengorbanan yang tinggi, selayaknya beroleh ganjaran yang luar biasa. Isteri Muslim bin Umran bersungguh-sungguh berdoa mengharapkan lahirnya anak-anak yang soleh yang dapat memikat pandangan. Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak mensia-siakan pergorbanan hati suami isteri itu. Mereka dikurniakan dua putera yang cantik rupa paras dan sopan tingkah lakunya. Begitu tingginya nilai iman dan takwa sehingga mampu menerbitkan keserasian yang membahagiakan. Segala yang indah pada pandangan hati berupaya mengalahkan kejelitaan lahiriah pada pandangan mata. Ganjaran daripada-Nya, luar biasa hebat.

Sekiranya kita renungi dengan lebih teliti peribadi rahsia kebahagian dalam kisah suami isteri itu, kita dapat simpulkan kebahagian tidak hanya terletak pada paras rupa yang memikat sahaja. Keutamaan teguh melalui pegangan agama dan ketaqwaan menjadi yang terbaik, serta dapat menutupi keburukan pada warna kulit yang hitam. Suami lebih bahagia sekiranya isteri yang solehah dan tulus menjaga kehormatan dirinya apabila ditinggalkan oleh suami. Secara lengkapnya, dalam memilih calon suami ataupun calon isteri yang serasi. semestinya hasil itu membawa kita semakin dekat dengan cinta Allah.

ISTIKHARAH CINTA, indah dalam hati jelita pada wajah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan