Jumaat, 30 November 2012

sahabat nur...




sahabatku...........


nur ada sahabat...
nur sayang sahabat nur..
nama sahabat nur "Hani"..dan "Siti"..

tidak pernah merancang untuk bertemu..
kasih persahabatan terjalin apabila nur, hani dan siti..
sama2 menjejak kaki ke Universiti..

merantau jauh dari kampung halaman..
membawa bersama harapan ibu, ayah dan keluarga..
untuk membawa pulang sebuah kejayaan..

hani..
seorang yang sangat lembut hatinya..
tingkahnya bagai seorang ibu..
tegas dalam solehahnya..
teguh dalam agamanya..
seni dalam penulisannya
mengugat hati siapa sahaja yang membaca..
diam2..ubi berisi..
kejayaan itulah gengamanya..

siti..
sama juga seperti hani..lembut sungguh hatinya..
tingkahnya bagai seorang penghibur..
sentiasa tersenyum..
sentiasa tenang walau dalam kesedihan..
membuat diri nur dan hani sentiasa tersenyum melihatnya..
teguh dalam agamanya..
tenang dalam bicara..
usaha itu teras hidupnya..

sahabatku2 ini..
terlalu banyak untuk nur luahkan siapakah mereka..
cuma..hanya satu kesimpulan..
yang merangkumi semua..
merekalah sahabatku dalam susah dan senangku..
sentiasa membawa tanganku bersama menuju cinta Allah..

sahabat!!..
syukur nur pada Allah kerana dikurniakan sahabat yang baik..
bersama-sama nur..hani dan siti menuntut ilmu di bumi ukm ini dengan niat belajar hanya kerana Allah dn ilmu yang kita pelajari dapat kita amalkan di dunia ini sebagai bekalan amalan di akhirat kelak..amin...
.






kata-kata motivasi

jom..kongsi kata-kata motivasi !!! ( ^_^ )..










pendek kata..janganlah kita berputus asa dalam hidup ni..setiap cabaran atau kegagalan yang kita hadapi adalah satu pengalaman yang banyak mengajar kita untuk terus berusaha. kadang-kadang..sesuatu itu bermula dengan kesusahan..tapi bila kita berusaha..tidak mustahil yang susah itu menjadi sesuatu yang senang. Samalah jika kita imbas kembali masa kita di zaman kanak-kanak, mula-mula ibu atau ayah hantar kita ke sekolah..pada permulaan semuanya susah, tapi sekarang..anda sudah pandai membaca bukan !..emm..bukan setakat membaca..mengira pun booleeh ( ^_ ^ )..

mungkin ada hati akan menyatakan..emm setakat membaca atau mengira..semua orang boleh..tapi kenapa seterusnya ada yang berjaya dan ada yang tidak..eheem2..mestilah sebab usaha seseorang tu..orang yang berjaya adalah kerana usahanya ingin memajukan diri terus kehadapan dan semangat yang tidak pernah putus asa dalam kehidupan. walaupun gagal beberapa kali..tapi diri tetap bangkit!!!..kerana gagal sekali itu bukan bermaksud gagal untuk selamanya..jadi lihatlah kesilapan yang kita lakukan..then cuba untuk perbaiki..dan 
In syaa Allah..dengan usaha plus tawakal plus doa = kejayaan....
love Allah s.w.t
love Nabi Muhammad s.a.w



Buatmu Mujahidah solehah..


.......mujahidah solehah.....

Dengan kecantikanmu..
dirimu lebih indah daripada mentari..
Sinar wajahmu..
dipancari sinar nur iman yang hakiki..

Dengan akhlakmu..
dirimu lebih wangi daripada segala haruman..
lebih indah daripada segala perhiasan..
Perhiasan dunia...
engkaulah yang terindah..

Dengan rendah hatimu..
dirimu lebih tinggi daripada rembulan..
Walau hatimu di dasar lautan..
tetap disanjung
setinggi bintang berkelipan..
indah nian menghiasi malam...

                                                     Dengan kelembutanmu..
dirimu lebih halus daripada rentik hujan...
renyai membasahai bumi ciptaan Tuhan..
dalam kelembutan itu..
terselit ketegasan muslimah sejati..
engkaulah mawar berduri..

Maka..
pertahanankan keindahan ini..
agar terusan menjadi sayap kiri..
Perjuangan Islam..
Berjuang Lillahi Ta'ala..
martabat Ad-Deen..istiqamah dipelihara..
penegak kalimah Allah di muka bumi..

Engkaulah mujahidah sejati...


Rabu, 28 November 2012

Seindah mawar berduri

wanita...

jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri..
dengan pagaran duri itu..
kilauan warnanya semakin memancar indah..
dan harum aromanya menyelinap di segenap
naluri yang mengundang kekaguman di hati
sang kumbang..
hingga sang kumbang berfikir beberapa kali..
untuk mendekatinya... =)

i love Allah...
i love Muhammad s.a.w..

Ahad, 25 November 2012

Jodoh..


awak..

walau digenggam kuat..andai ia bukan milik kita..
ia akan terlepas jua..

walau ditolak ke tepi..andai ia untuk kita..
ia mendatang jua..

itulah dinamakan Jodoh..

Sabtu, 24 November 2012

Jika rindu bertatah lagi..



jika rindu ini bertatah lagi, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum..
andai rindu ini menarik resah, kepadaMu aku pasrah..
andai pencarian ini masih belum ketemui..
ya Allah damaikanlah hati.

kembara cinta ini tidak kuharap bersemi dengan serakah..
Cinta kepadaMu ya Rahman destinasi kasih terlaksana..
kasih diberi, cinta dicari tak sama dengan gerak geri..
Hasil diperolehi, kesan melakar diri, rupanya bayangan duniawi.

Kuntuman bunga pada kata-kata yang bukan hakikat..
seri kelopak mawar pada bibir yang bijak bertongkah sifat.

biarlah resah menarik sepi..
biarlah kecewa meratap pergi..
biarlah kasih mengikat diri.

Ya Muhaimin..kepadaMu aku mengadu..
Serikanlah taman hati..bukan pada fikiranku tapi pada redhaMu.....
~kafe Sufi~

Rindu..

Bismillahirrahmanirrahim...

tidur yang sekejap..tapi mimpi yang lama..sedih hati nur bila teringat mimpi nur malam tadi. Bila dipikirkan balik memang sudah lama nur tak mimpikan arwah. Baru malam tadi nur mimpi arwah lagi. Mimpi yang sedih, terbangun nur dari tidur, termenung sekejap di atas katil mengenang mimpi, terus telefon ibu di kampung..terkejut ibu nur sebab awal pagi nur telefon dia..tersedu-sedu nur menangis ceritakan mimpi nur kt ibu.

Ibu nasihatkan nur, mungkin nur terlalu sibuk dan leka sekarang..ibu menasihati nur supaya luangkan masa untuk banyakkn membaca al-Quran..ibu suruh nur ambil wudhuk dan terus solat. selesai solat, nur terus ambil al-Quran dan baca..benar kata ibu, kalau kita baca sambil mendalami maksud, hati kita akan terasa apa yang kita baca..mengalir air mata nur. Rupa-rupanya nur lalai sebenarnya selama ini, dalam air mata nur mengalir..teringat nur pada arwah..bisik nur dalam hati.."maafkan nur.."

Selesai membaca..hati nur kembali tenang. cuma pikiran nur kt arwah masih bermain-main di dalam kepala nur. teringat nur segala kenangan bersama arwah. nur rindukan dia..tapi nur tahu, Allah lebih sayangkan dia dari nur.



nur rindu dia ya Allah...maafkan nur..semoga Allah tempatkan arwah bersama orang-orang yang soleh..amin..
al-Fatihah..

Ujian..(puisi Sufi)




 Ada yang mengatakan ujian adalah kesusahan pada tubuh badan 
kesusahan pada jiwa
apa untungnya Allah menyusahkan jasad dan jiwa
bukankah ia tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-Nya
apalagi Dia Maha Mengasihani Maha Sopan-santun.

Pandanglah ujian dengan hatimu
ujian adalah perbuatan Tuhanmu
bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu
bila kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi pilihan
bila sudah lulus dan dipilih
Dia bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya
keteguhan kamu melintasi ujian
menjadi dalil pilihan-Nya adalah tepat
inilah keadilan-Nya.

Ujian ditujukan kepada rohani bukan kepada jasad atau jiwa
tujuannya untuk mengukur tauhid
bukan sekadar untuk kesabaran
apakah nilai sabar tanpa tauhid
bukankah sabar juga bersama si kafir.

Ujian yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid
menambahkan kekuatan pandangan hati
tidak berkelip memandang kepada Tuhan
sehingga kepedihan ujian menjadi kemanisan.

Ujian adalah pentas sandiwara
mempamerkan kebijaksanaan Tuan Pengarah
bila engkau diberi watak menderita
hingga berjaya membuat penonton menangis 

ketahuilah
engkau adalah pelakun penting
diasuh untuk menjadi bintang
bakal menerima ganjaran lumayan.
Apabila engkau menjadi pelakun
apa bezanya watak gembira dengan watak duka
skrip di tangan Tuan Pengarah.

Kisah lelaki dan wanita berpurdah..


Assalamualaikum.. =)..nur terbaca satu cerita..best..hati nur tertarik dengan cerita ni..so nak kongsilah cerita ni...cerita tentang seorang lelaki dan wanita berpurdah..



Suatu kisah… Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya.


               Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. “Adakah ini khayalanku sahaja?” bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

“Siapakah wanita itu?”

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
“Adakah wanita itu orang gila?”
Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.
Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

    Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. “Kuncikan pintu itu,” kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, “dan bawakan kuncinya. ” Aku akur.

              “Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu,” kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. “Buang-lah,” ujar wanita itu sambil ketawa, “tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?” Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.
“Waktu maghrib sudah hampir selesai,” kata wanita itu bernada sedikit menyindir . “Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?” Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

“Tiba masanya untuk melihat aku,” kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. ” Pandang aku sungguh-sungguh,” kata wanita itu lagi.
“Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari.” Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.



**P/S: Dunia ibarat taman dan kebun menuju ke akhirat yakni kehidupan kekal, maka sesungguhnya bajainya dengan benih yang baik supaya kita dapat menuainya kelak dengan hasil yang menggembirakan..inshaallah...

"Aku belajar"


berusahaaaaa nur!!! (^_^)

erti "CINTA..ku "



Aku bertanya pada alam semesta tentang erti “CINTA”, lalu satu demi satu mereka menjawab…

Bumi menjawab:
“CINTA adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan akan itu ia memang diinjak dan dihinakan.. tetapi ia tak peduli.. Pikirkan  Cinta hanya memberi,.. dan itu sajalah inginnya.”

Air menjawab:
“CINTA adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih rasa kesukaan, kerelaan akan keterikatan, kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih yang luas sebagai naungan segala perasaan”

Api menjawab:
“CINTA adalah panas yang membakar segala, ia memusnahkan untuk dapat hidup dan menyala.. Demi merasakannya,. makhluk rela terbakar dalam amarah dan kedurhakaan.”

Angin menjawab:
“CINTA adalah hembusan yang menebar sayang tanpa tahu siapa tujuannya. Orang bilang ia buta, sebab itu inginnya.. Ia tak terlihat,. tapi tanpanya segala raga akan hampa.”

Langit menjawab:
“CINTA adalah luasan tanpa batas.. Luasnya tiada makhluk yang tahu.. Kecuali bahawa cinta itu bahagia yang biru,. atau derita kelam yang kelabu..

Matahari menjawab:
“CINTA adalah hidup untuk memberi energi kehidupan dan cahaya harapan.. Ia tak akan lelah memberi sampai ia padam dan mati.”

Pohon menjawab:
“CINTA adalah akar yang menumpang segalanya.. Ia tulus hingga tak perlu terlihat dan dikenal.. Tapi ia terus memberi agar batang bahagia tetap kukuh abadi,. berbuah dan berbunga indah.”

Gunung menjawab:
“CINTA adalah rasa yang menjulang tinggi.. Rasa itu demikian tenang dan menyejukkan.. Namun saat gundah, ..Ia akan meleburkan sekelilingnya dengan lautan lava cemburu yang membara.”

Lalu, Aku bertanya pada CINTA:

“Wahai CINTA, apakah sebenarnya erti dirimu??”

CINTA menjawab:

“CINTA adalah engkau patuh terhadap-Nya, meski kau tak melihat-Nya., tapi engkau patuh karena engkau merasa akan hadir-Nya. Sebab CINTA bukan indera, tapi adalah rasa.”

“CINTA adalah engkau takut akan amarah-Nya, dan takut jika Ia meninggalkanmu. Takut jika Ia tak menyukaimu lagi. Lalu engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat dengannya, bahkan jika engkau harus menderita, atau yang lebih mengerikan dari itu.”

“CINTA adalah engkau menyimpan segala harapan pada-Nya dan tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selamanya. Cinta adalah engkau setia menjadi budak-Nya, yang engkau hidup untuk-Nya dan mati untuk kesukaan-Nya akan dirimu, hidup dan mati untuk  Dia. Engkau berusaha sekerasnya agar engkau diakui, hanya sebagai hamba.”

“Di atas segalanya, CINTA adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain, selain pada-Nya. Engkau rindu akan hadir-Nya dan melihat-Nya. Engkau suka apa yang Dia sukai dan benci apa yang Dia benci, engkau merasakan segala ada pada-Nya dan segala atas nama-Nya.”

Aku lantas bertanya pada CINTA:
“Bisakah aku merasakannya?”

lalu CINTA menjawab:
“Selama engkau mengetahui hakikat penciptaanmu dan bersyukur dengan apa yang Dia beri,. maka itu semua akan kau rasakan, percayalah padaku tambahnya….”
Aku pun Berteriak, “Wahai  MAHA PENCINTA terimalah cintaku yang sederhana ini, izinkanlah aku merasakan cintaMu yang Maha Indah ya ALLAH…”

nur mencari CintaMu Ya ALLAH...

Jumaat, 23 November 2012

Sang bulanku...



semalam..
duduk diri ini termenung sendiri..
melihat bulan dalam kesunyian malam..
indah sungguh ciptaanMu ya Allah..
Maha Suci Mu ya Allah..
yang mencipta langit dan bumi..

semalam..
melihakut pada bulan itu...
teringatku pada diri seseorang..
lantas bibirku tersenyum..
air mata mula mengalir..
bukan kerana hati meronta sedih..
tetapi terharu pada hati seseorang..

semalam..
aku gelarkan dirinya sang bulanku..
indahnya dirimu seperti sang bulan..
hadir di malam hari..
hadir di saat alam mula kelam..
hadir di saat alam mula sepi..

semalam..
aku gambarkan lagi dirinya..
dirinya sang bulanku..
sang bulan tersenyum padaku..
sungguh mendamaikan senyuman itu..
seperti bulan di malam hari..
sedia memancarkan cahayanya..
memberi cahaya pada kegelapan..

semalam..
sang bulan bertanya padaku..
mengapa hatiku sedih..
aku tersenyum..
bilangku..
kerana diriku hanyalah insan biasa..
kadang tewas dalam dunia kekuatan..

semalam..
sang bulan membisik padaku lagi..
tidak mengapa..
"aku kan ada"..lantas dia tersenyum..
aku terdiam seketika..
terukir senyuman di bibirku..
lautan ketenangan melimpah di dadaku..
ya..sang bulan dirimu ada..
dan aku merasa kehadiranmu..
sentiasa bersamaku..
terima kasih ya Allah..
kerana hadirkan sang bulan buatku..

* nurKasih *

Sahabatku...

sahabatku...

indah sungguh senyumanmu..
indah sungguh wajah gembiramu..

sahabatku..

usah risaukan tentang diri ini..
aku tetap bisa bangkit..
aku tetap bisa berdiri..
aku tetap bisa berjalan tanpa henti..
kerana cinta di dalam hatiku yang aku semai untuk Allah..
sentiasa memberi aku kekuatan..
sentiasa memberi aku semangat..
sentiasa memberi aku bahagia..
yang dimana aku sendiri tidak bisa mengetahui bagaimana rasa itu hadir...

sahabatku..

benar..dan benar..
kadang-kala air mataku jua tetap mengalir..
tapi aku hanyalah insan biasa..
punya hati dan perasaan..
punya rasa dan emosi..
tapi tidak mengapa wahai sahabat..
air mataku hanyalah tempat aku melepaskan lelah dalam hatiku..
kerana aku tidak mahu rasa itu berada dalam hatiku..

biarlah segala kesedihan dalam hatiku ini..
mengalir bersama kesedihan..
supaya yang tinggal hanyalah rasa bahagia kerana percayaku pada hikmah yang akan Allah hadiahkan kepada diri ini nanti...

sahabatku...

ku sentiasa mendoakan kebahagianmu..
sentiasa doakan kesihatan dirimu..
sentiasa mengharapkan dirimu berada dalam keberkatanNYA..
kerana dirimu adalah sahabat terbaikku..
walau sekarang diri ini merasa dirimu jauh..
tapi..
aku yakin..hatimu dan hatiku tetap dalam ukhwah yang teguh..
kasih dan sayang hanya kerana Allah..

..

sahabatku...

aku tidak pernah menyalahmu dalam pilihanmu itu..
kerana aku juga yakin..
itulah pilihan yang terbaik..
usahlah hatimu runsing..
kerana sayangku padamu kerana Allah..
aku terima segalanya dengan Redha..
dan selagi diri ini mampu sembunyikan rasa sedih ini..
aku berjanji tidak pernah akan izinkan air mataku mengalir di depanmu..
akan aku buktikan padamu..
aku kuat sahabat..dan aku bisa..
kerana aku ada ALLAH..

* nurKasih *...


Sepi tanpa Allah


pesanan buat hati nur...

" kita akan sepi bila hati sepi dengan illahi..
bila kita terpisah dengan Allah...
kita akan sunyi..
walau orang yang kita sayang masih di sisi..
kita boleh kehilangan seseorang..
TETAPI kita tidak mampu kehilangan Allah dengan melupakannya..."

Ya Allah..manisnya rasa CINTA ini ya Allah..izinkan diri ini terus untuk mencintaiMU ya Allah....
izinkan nur...

sahabatku..sedihnya hati ini..

Assalamualaikum...dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..                

Allah..setiap malam air mata nur membasahi pipi nur..kadang nur terpikir, mengapa diri nur tidak seperti yang lain. Tidak pernah sikit pun hati ini timbul buruk sangka pada Allah. nur terima dengan redha, kerana nur tahu Allah maha Mengetahui dan nur percaya walau sekejap atau lambat hikmah sebuah kesabaran akan tiba juga.

Mungkin di luar sana ada tangisan yang lebih teruk jika dibandingkan dengan diri nur. Ya benar..ada dan memang ada. kenapa nur tak sekuat mereka??..kerap kali nur berkata pdda diri nur "nur..lihatlah saudara islam kita di Gaza..nur..mereka lebih besar ujian yang Allah beri pada mereka..tapi yang ada pada mereka..adakah putus asa yang kau lihat??..tidak bukan?..tapi apa yang mereka ada adalah 'semangat Jihad, percaya pada Allah'..tidak pernah putus asa mempertahankan maruah islam..walaupun maut memanggil bila2 masa sahaja.itulah tanda KEIMANAN nur."

kesepian..tidak selamanya akan sepi..Allah uji diri nur. Ya mungkin bukan ini yang nur impikan dan nur tak pernah ingin perkara ini berlaku lagi..dan tak ingin semua ini terjadi..tapi, nur percaya Allah akan hadiahkan sesuatu yang lebih baik.buat nur nanti..nur percaya pada Allah..nur ada matlamat yang perlu dicapai, nur perlu berusaha menuntut ilmu, bukannya memikir sesuatu yang remeh..benar nur!!..

Allah..berilah kekuatan kepada diri ini untuk bangkit..ya Allah nur ikhlas mencintai sahabat nur..nur berikan pengorbanan hati nur untuknya..biar dia lihat nur tersenyum..biar dia lihat nur ketawa..asal jangan pernah biarkan diri nur mengizinkan air mata nur jatuh mengalir di hadapan dia ya Allah.

nur tahu hatinya juga sayangkan nur, tapi dalam hidup ini kadang kala kita perlu memilih..nur akur jika itu pilihanya. dan nur tahu dirimu juga rasa bersalah sahabat..tapi tidak mengapa..nur sembunyikan kesedihan ini supaya jangan dirimu timbulkan rasa bersalah itu..dan nur bahagia jika sahabat nur bahagia..tidak pernah dalam hati ini untuk menyalah dirimu sahabat..tapi kadang kala hati ini juga ingin diberi perhatian..seperti mana dirimu di kala kesepian dulu..


air mata mengalir lagi..usahlah risau sahabat..nur tak ungkit dan nur tak pernah salahkanmu sahabat..malah nur gembira membantu dirimu dahulu..bagi nur..cukuplah nur lihat gembiramu sekarang..dan nur sedar hakikat hak itu bukan milik nur..dan sang bulan sentiasa bersama nur...nur bahagia jika dirimu bahagia sahabat..dan nur benar2 bahagia melihatmu..dan biarlah dirimu tak pernah mengetahui sedih dan sepinya hati ini.....

izinkan aku bangkit..izinkan aku bangkit..izinkan aku bangkit..izinkan aku bangkit...sebab nur perlu bangkit!!!