Assalamualaikum.. =)..nur terbaca satu cerita..best..hati nur tertarik dengan cerita ni..so nak kongsilah cerita ni...cerita tentang seorang lelaki dan wanita berpurdah..
Suatu kisah… Kisah ini berlaku sewaktu
aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin
melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia
berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia
memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu
sudut menuju ke lorong penjual sutera.
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku
serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku
berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan
langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun
perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.
Aku bergegas mengejar wanita itu,
nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan
langkahnya.
Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling
wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita
itu dibalik purdah hitamnya. “Adakah ini khayalanku sahaja?” bisik hatiku.
Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.
“Siapakah wanita itu?”
Aku memantaskan langkahku dan memasuki
lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau
aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari
mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
“Adakah wanita itu orang gila?”
Semakin jauh nampaknya wanita itu
berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita
tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang
tidak disangka, sebuah perkuburan lama.
Kalaulah aku siuman seperti biasa,
pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil
dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60
langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk
arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.
Kalaulah aku tidak
diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa,
tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan
mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur
itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba
hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding,
diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku
terpandang sebuah lubang perigi. “Kuncikan pintu itu,” kata wanita itu, dengan
suara yang halus gemersik seumpama berbisik, “dan bawakan kuncinya. ” Aku akur.
“Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu,” kata wanita itu.
Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat
melihat gamamku. “Buang-lah,” ujar wanita itu sambil ketawa, “tadi kau tidak
berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?” Tempelak
wanita itu lagi. Aku diam.
“Waktu maghrib sudah hampir selesai,”
kata wanita itu bernada sedikit menyindir . “Apa kau risaukan? Pergilah
buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?” Aku terus membuang
kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku
terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam
lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.
“Tiba masanya untuk melihat aku,” kata
wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah
sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang
mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur
kedut ketuaannya. ” Pandang aku sungguh-sungguh,” kata wanita itu lagi.
“Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau
habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam
kuburmu. Mari. Mari.” Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia
hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan
menyelubungi suasana.
**P/S: Dunia ibarat taman dan kebun menuju ke akhirat yakni kehidupan kekal, maka sesungguhnya bajainya dengan benih yang baik supaya kita dapat menuainya kelak dengan hasil yang menggembirakan..inshaallah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan