indah sungguh senyumanmu..
indah sungguh wajah gembiramu..
sahabatku..
usah risaukan tentang diri ini..
aku tetap bisa bangkit..
aku tetap bisa berdiri..
aku tetap bisa berjalan tanpa henti..
kerana cinta di dalam hatiku yang aku semai untuk Allah..
sentiasa memberi aku kekuatan..
sentiasa memberi aku semangat..
sentiasa memberi aku bahagia..
yang dimana aku sendiri tidak bisa mengetahui bagaimana rasa itu hadir...
sahabatku..
benar..dan benar..
kadang-kala air mataku jua tetap mengalir..
tapi aku hanyalah insan biasa..
punya hati dan perasaan..
punya rasa dan emosi..
tapi tidak mengapa wahai sahabat..
air mataku hanyalah tempat aku melepaskan lelah dalam hatiku..
kerana aku tidak mahu rasa itu berada dalam hatiku..
mengalir bersama kesedihan..
supaya yang tinggal hanyalah rasa bahagia kerana percayaku pada hikmah yang akan Allah hadiahkan kepada diri ini nanti...
sahabatku...
ku sentiasa mendoakan kebahagianmu..
sentiasa doakan kesihatan dirimu..
sentiasa mengharapkan dirimu berada dalam keberkatanNYA..
kerana dirimu adalah sahabat terbaikku..
walau sekarang diri ini merasa dirimu jauh..
tapi..
aku yakin..hatimu dan hatiku tetap dalam ukhwah yang teguh..
kasih dan sayang hanya kerana Allah..
..
sahabatku...
aku tidak pernah menyalahmu dalam pilihanmu itu..
kerana aku juga yakin..
itulah pilihan yang terbaik..
usahlah hatimu runsing..
kerana sayangku padamu kerana Allah..
aku terima segalanya dengan Redha..
dan selagi diri ini mampu sembunyikan rasa sedih ini..
aku berjanji tidak pernah akan izinkan air mataku mengalir di depanmu..
akan aku buktikan padamu..
aku kuat sahabat..dan aku bisa..
kerana aku ada ALLAH..
* nurKasih *...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan