Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang
kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan
menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin.
Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan
yang sangat miskin.
Di dalam perjalanan pulang,
si ayah bertanya kepada anaknya,
"Macam mana percutian kita kali ni?"
Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"
"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak
berharta?"
"Ya,"
Bertanya lagi si ayah,
"Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"
Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,
"Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka
mempunyai sungai yang tidak berpenghujung.
Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di
langit pada waktu malam.
Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai
keluasan sehingga ke kali langit,"
"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai
padang yang sangat luas saujana mata memandang.
Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan
meminta.
Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita
ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat
handai yang melindungi mereka,"
Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya.
Si anak tersebut kemudiannya berkata,
"Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan