Dari Raja` bin ‘Umar
an-Nakha’iy, dia berkata,
“Di Kufah ada
seorang pemuda berparas tampan, sangat rajin beribadah dan sungguh-sungguh. Dia
juga termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu ketika, dia singgah beberapa
waktu di perkampungan kaum Nukha’ lalu –tanpa sengaja- matanya melihat seorang
wanita muda mereka yang berparas elok nan rupawan. Ia pun tertarik dengannya
dan akalnya melayang-layang kerananya. Rupanya, hal yang sama dialami si wanita
tersebut. Pemuda ini kemudian mengirim utusan untuk melamar si wanita kepada
ayahnya namun ayah wanita tersebut memberitahukannya bahawa dia telah
dijodohkan dengan anak saudaranya (sepupunya). Keadaan ini membuat keduanya
begitu tersiksa dan terhiris.
Lalu si wanita
mengirim utusan kepada si pemuda ahli ibadah tersebut berisi pesan, ‘Sudah
sampai ke telingaku perihal kecintaanmu yang teramat dalam kepadaku dan cobaan
ini begitu berat bagiku disertai liputan perasaanku terhadapmu. Jika berkenan,
aku akan mengunjungimu atau aku permudah jalan bagimu untuk datang ke rumahku.’
Lantas dia berkata kepada utusannya itu, ‘Dua-duanya tidak akan aku lakukan.
Dia kemudian membacakan sepotong ayat dari Al-quran, firman-Nya, ‘Sesungguhnya
aku takut siksaan pada hari yang agung jika berbuat maksiat kepada Rabbku.’
(Q.s.,az-Zumar:13) Aku takut api yang lidahnya tidak pernah padam dan
jilatannya yang tak pernah diam.’
Tatkala si utusan
kembali kepada wanita itu, dia lalu menyampaikan apa yang telah dikatakan
pemuda tadi, lantas berkatalah si wanita, ‘Sekalipun yang aku lihat
darinya dirinya demikian namun rupanya dia juga seorang yang amat zuhud, takut
kepada Allah? Demi Allah, tidak ada seorang pun yang merasa dirinya lebih
berhak dengan hal ini (rasa takut kepada Allah) dari orang lain. Sesungguhnya
para hamba dalam hal ini adalah sama.’
Kemudian dia
meninggalkan gemerlap dunia, membuang semua hal yang terkait dengannya, mengenakan
pakaian yang terbuat dari bulu (untuk menampakkan kezuhudan) dan fokus dalam
ibadah. Sekalipun demikian, dia masih hanyut dan menjadi kurus kering kerana
cintanya terhadap si pemuda serta perasaan kasihan terhadapnya hingga akhirnya
dia meninggal dunia kerana memendam rasa rindu yang teramat sangat
kepadanya.
Sang pemuda tampan
pun sering berziarah ke kuburnya. Suatu malam, dia melihat si wanita dalam
mimpi seolah dalam penampilan yang amat bagus, seraya berkata kepadanya,
‘Bagaimana khabarmu dan apa yang engkau temukan setelahku.?’ Si wanita
menjawab,
Sebaik-baik
cinta, adalah cintamu wahai kekasih
Cinta yang menggiring kepada kebaikan dan berbuat baik
Cinta yang menggiring kepada kebaikan dan berbuat baik
Kemudian dia
bertanya lagi, ‘Ke mana kamu akan berada.?’ Dia menjawab,
Ke
kenikmatan dan hidup yang tiada habisnya
Di syurga nan kekal, milik yang tak pernah punah
Di syurga nan kekal, milik yang tak pernah punah
Dia berkata lagi
kepadanya, ‘Ingat-ingatlah aku di sana kerana aku tidak pernah melupakanmu.’
Dia menjawab, ‘Demi Allah, akupun demikian. Aku telah memohon Rabbku, Mawla -ku
dan kamu, lantas Dia menolongku atas hal itu dengan kesungguhan.’ Kemudian
wanita itupun berpaling. Lantas aku berkata kepadanya, ‘Bila aku akan dapat
melihatmu.?’ Dia menjawab, ‘Engkau akan mendatangi kami dalam waktu
dekat.’
Rupanya benar,
pemuda itu tidak hidup lama lagi setelah mimpi itu, hanya tujuh malam. Dan,
setelah itu, dia pun menyusul, berpulang ke rahmatullah. Semoga Allah merahmati
keduanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan