maafkan aku KEKASIH..
kerana aku sentiasa tidak adil dalam hubungan ini..
aku tidak pernah mampu berbuat baik padaMu..
seperti Engkau berbuat baik padaku..
aku tidak pernah mampu setia pada janji-janjiku padaMu..
seperti Engkau berpegang pada janjiMu..
aku tidak akan pernah mampu mendengar ayat-ayat suci kiasan cintaMu..
seperti Engkau yang tidak pernah jemu mendengar aduan dan keluhanku saban waktu..
aku tidak pernah mampu mengikut segala suruhanMu..
seperti Engkau yang tidak pernah berkira menunai permintaan-permintaan dalam doaku..
maafkan aku KEKASIH..
atas semua saat-saat alpaku padaMu..
sedangkan saat-saat itu adalah pinjamanMu jua..
maafkan aku atas segala janji-janji yang aku kianati..
meskipun ini entah kali ke berapa..
maafkan aku KEKASIH..
bila aku lupa berterima kasih atas segala nikmat-nikmatMu..
bila mana Engkau bisa menariknya bila-bila masa..
maafkan aku KEKASIH..
bila aku hilang percaya dan buruk sangka padaMu..
sedangkan ujian itu tanda-tanda kasih sayangMu..
supaya aku lebih ingat padaMu..
maafkan aku KEKASIH..
bila aku tidak jujur padaMu..
dan mengasihi hambaMu lebih dari cintaku padaMu..
sedangkan Engkaulah pemilik mutlak diriku dan segala yang ada padaku..
maafkan aku...............................
kerana aku hanya insan yang biasa yang ingin menjadi kekasihMu..
.............meski aku tidak pernah mampu................
~n.i.k.a.r.i~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan