rentak irama sudah tidak sekata
hati menjadi tidak menentu
Ya Allah...
tenangkan..tenangkan..tenangkanlah
kaki melangkah menjauh
sedaya upaya menjauh
bukan kerana sombong
bukan kerana buat-buat tidak mengenali
tetapi hanyalah kerana
ketidak tenangan sedang berkecamuk
di ruang taman hati
Ah! sudah jauh
sudah dielak
namun hati terpaut lagi
Ya Allah...
diri sedang diperhati
ada mata yang sedang memandang
aduhai hati
ia berombak kuat lagi
Ya Allah...
mengapa hati terasa sedebar ini
terasa ingin menjauh lagi
Alhamdulillah..
tiada lagi kalibat itu
tiada sudah pandangan mata tadi
hati kembali tenang
Allahuakbar...
terlalu hebatNya Allah
hati semakin bergetar hebat
semakin mahu menjauh
semakin ia datang mendekat
mata itu kini terlalu hampir
kelibatnya sudah berada di hadapan
Allah...
kaki sudah terpaku
tidak berdaya mahu menjauh
sepatah ditanya
sepatah dijawab
huluran senyuman dijawab dengan debaran
hati makin tidak menentu
hati membentak-bentak mahu menjerit
mahu keluar dari situasi ini
tidak mahu menerus perbualan lagi
malu terlalu tebal kini
malu..
dan terlalu malu..
kerana hati ini hati seorang muslimah...
hati semakin bergetar hebat
semakin mahu menjauh
semakin ia datang mendekat
mata itu kini terlalu hampir
kelibatnya sudah berada di hadapan
Allah...
kaki sudah terpaku
tidak berdaya mahu menjauh
sepatah ditanya
sepatah dijawab
huluran senyuman dijawab dengan debaran
hati makin tidak menentu
hati membentak-bentak mahu menjerit
mahu keluar dari situasi ini
tidak mahu menerus perbualan lagi
malu terlalu tebal kini
malu..
dan terlalu malu..
kerana hati ini hati seorang muslimah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan