Jumaat, 28 Disember 2012

Takdir atau ketentuan Allah

Takdir atau ketentuan Allah Ta'ala kadangkala mempertemukan kita dgn sesuatu yg tidak diundang atau yg tidak diinginkan, memberi apa yang tidak dirancang atau yang dimahukan, hingga memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan dan kedukaan serta membuatkan kita rasa satu kehilangan dan patah semangat dalam kehidupan.

Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti penghargaan..., menanam nilai kasih sayang, menghadiahkan kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih kesabaran serta kekuatan, serta memberi peluang untuk diri menilai erti dan nilai sebenar dunia dan kehidupan..

Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak sesekali menzalimi hamba-hambaNya dengan ketentuanNya kerana hakikat Dia mentakdirkan sesuatu bukanlah berdasarkan sepenuhnya pada kemahuan dan keinginan diri kita, tetapi Dia mengurniakan sesuatu mengikut keperluan kita yakni bersesuaian dengan diri kita.

Ingatlah, kita sebagai hambaNya seringkali lupa dan alpa bahawa permintaan dan kehendak kita termasuklah juga kemahuan diri kita sebenarnya adakalanya didorong oleh nafsu kita. Maka kesimpulannya, bukanlah ia akan menjadi suatu perkara yang baik seandainya didorong oleh nafsu yang seringkali membuatkan manusia itu sendiri terleka. Terimalah seadanya dan hargainya apa yang telah ditentukanNya, semoga kita tergolong dikalangan hamba-hambaNya yang bersabar dan bersyukur sentiasa, insyaAllah..

Marilah kita merenung salah satu firmanNya :
"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." [Ath Thalaaq ayat 3]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan