Ahad, 24 November 2013

SEORANG ILMUWAN MASUK ISLAM KARENA ANJING

Sebuah kisah yang sangat dijadikan teladan oleh umat Islam sendiri maupun non Islam..
Seorang ilmuwan akhirnya menjadi mu'alaf setelah mengetahui secara persis karakter binatang berupa anjing.

Kisahnya ...

Seorang ilmuwan besar yang mendalami bidang bakteri berkunjung ke Mesir untuk menyekolahkan anaknya dan dia sendiri memperoleh pekerjaan dalam bidangnya tersebut. Pada suatu hari dia membaca buku hadist yg berhubungan dengan masalah kesehatan. Tiba-tiba dia tidak percaya ketika membaca hadist Nabi SAW.

Rasulullah SAW bersabda, ..

"Jika seekor anjing menjilat perkakas rumah salah seorang diantara kalian, maka cucilah alat (tempat) itu tujuh kali, satu kali diantara yang tujuh itu dicampur dengan tanah."

Sejenak dia berdiam menatap hadist itu. Dalam dirinya mulai timbul pertanyaan-pertanyaan, bahwa perintah mencuci tujuh kali itu memang harus dilakukan, dan merupakan kewajiban, namun mengapa Nabi masih menyuruh membasuh tempat itu satu kalinya dengan tanah? Tidakkah dengan memakai air saja sudah cukup?

Pertanyaan itu terus mengganggunya ..

Kemudian dia mengambil sebuah perkakas rumah dan membiarkannya dijilati anjing. Lalu mencucinya dengan air tujuh kali.

Setelahnya ia teliti dengan menggunakan mikroskop, dan yang terlihat adalah berjuta-juta bakteri masih melekat di tempat itu. Berarti mencuci dengan air tidaklah cukup untuk menghilangkan bakteri atau kuman-kuman penyakit anjing yang melekat ditempat tersebut.

Sekarang dia mencoba sekali lagi, mencuci tempat itu dengan tanah. Dan setelah diteliti, ternyata, kuman-kuman telah hilang seluruhnya.

Pertanyaan yang timbul dibenaknya sekarang adalah siapa yang memberitahukan hal ini kepada Nabi Muhammad SAW? Padahal penemuan rahasia bakteri baru diketemukan oleh Pasteur (1822-1895).

Bukankah jauh sekali jarak antara Muhammad dengan Pasteur?

Berarti penemuan Pasteur hanyalah mengulang penemuan lama, dimana Muhammad telah mengetahui bahwa bakteri atau kuman penyakit itu ada pada anjing dan dapat dihilangkan hanya dengan mempergunakan tanah dan dibasuh dengan air enam kali.

Siapa yang memberitahukan hakekat ilmiah ini kepada Nabi Muhammad SAW?

Subhanallah, Allah SWT lah yang memberi petunjuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala hal yang bermanfaat bagi umatnya.

Dan akhirnya keyakinan ilmuwan tersebut memperkuatnya untuk masuk Islam bersama puterinya yang kala itu ikut bersamanya ke Kairo.

Wallahu a'lam bishshawab..



Ahad, 17 November 2013

Nilai Sebuah Senyuman


Senyuman itu...
tidak perlu dibayar, tetapi
mendatangkan banyak faedah.....

Senyuman itu...
adalah sedekah 
yang menambahkan keceriaan penerima
tanpa mengurangkan pemiliknya...


Senyuman itu....
adalah ketenangan kepada pemberi
harapan kepada yang kecewa
cahaya kepada yang bersedih
dan menjadi pelindung semulajadi
terbaik daripada kesusahan....

Isnin, 2 September 2013

Berikan Dunia, Mendapat Syurga

Marilah kita perhatikan tentang ganjaran yang akan kita peroleh di syurga nanti daripada pertolongan yang kita  berikan di dunia ini seperti yang terdapat dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud:

MAKANAN


Sesiapa yang memberi makanan kepada orang yang lapar, Allah akan menyediakan untuknya makanan daripada buah-buahan syurga.

MINUMAN


Sesiapa yang memberi minuman kepada orang yang haus, Allah akan menyediakan untuknya minuman daripada al-rahiq al-mkhtum (nama minuman di syurga).

PAKAIAN


Sesiapa yang memberi pakaian kepada orang yang tiada pakaian, Allah akan menyediakan untuknya pakaian daripada dedaun syurga.


Allahuakhbar ! Apa-apa sahaja bentuk pertolongan yang kita beri, Allah menjanjikan balasan bukan sahaja dengan pertolongan yang sama, malah dengan nilai yang lebih tinggi. Ya, sama dari segi namanya, namun tidak pada nilainya.

Mana mungkin boleh disamakan makanan atau minuman di dunia dengan yang terdapat di akhirat nanti. Sehebat manapun makanan di dunia walaupun berharga ribuan ringgit, namun ia tidak dapat dibandingkan dengan makanan akhirat sekalipun disatukan semua wang milik manusia di dunia ini.

Allah tidak menjual ganjaran ini dengan wang dan harta yang ada di dunia, tetapi Allah hanya " Menjualnya" dengan amalan kita. Jadi, sama-sama kita kumpulkan sebanyak-banyak amalan baik di dunia. Semoga kita dapat "membeli" segala keperluan yang kita perlukan di akhirat kelak. ( ^ _^ )..

Tip BYB! solusi

KISAH MENARIK UNTUK DIRENUNGI KETIKA UMAT ISLAM BERADA DALAM KEADAAN YANG SANGAT LEMAH.

Surah Al-Baqarah ayat 246-251…

 Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim (246)…..

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya ( 247)….

Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman" (248)…

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar" ( 249)…

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir" ( 250)…

Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam ( 251)…..


Antara kisah yang diceritakan dalam al-Quran dan menarik untuk direnungi ketika umat islam berada dalam keadaan yang sangat lemah, iaitu kisah yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 246 hingga 251.
Kisah ini berkisar selepas zaman Nabi Musa a.s apabila Bani Israel meminta Nabi Samuel a.s mengangkat seorang raja untuk memimpin mereka bagi menghadapi kezaliman bangsa Balthatha yang dipimpin oleh raja Jalut.

Mereka merayu seperti yang dinyatakan oleh Allah s.w.t, maksudnya : “Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya kami boleh berperang di jalan Allah.” Nabi Samuel a.s menjawab : “ Jangan-jangan jika diwajibkan berperang atasmu, kamu tidak akan berperang juga.”

Mereka berkata : “ Mengapa pula kami tidak akan berperang di jalan Allah, sedangkan kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dipisahkan daripada anak-anak kami?”.

Namun, ketika peperangan itu diwajibkan atas mereka, mereka berpaling kecuali sebahagian yang kecil daripada mereka. Benarlah anggapan nabi mereka. Kemudian , Nabi Samuel a.s memberitahu mereka bahawa Allah telah mengangkat Talut menjadi raja mereka.

Ketetapan Allah s.w.t itu telah dibangkang sepenuhnya oleh mereka dengan mengemukakan alasan dalam ayat berikutnya yang bermaksud : “ Bagaimana Talut memperoleh kuasa memerintah kami, sedangkan kami lebih berhak atas kerajaan itu daripadanya, dan dia pula tidak diberikan kekayaan yang banyak?”

Ini disebabkan oleh Talut bukan berasal daripada keluarga kenamaan yang telah melahirkan para nabi yang ramai sebelum itu. Talut berasal daripada Bunyamin bin Ya’qub a.s bukannya anak-anak nabi Ya’qub a.s yang lain yang telah melahirkan nabi-nabi bani Israel yang lain.

Namun demikian, Nabi Samuel tetap mempertahankan wahyu itu dengan mengatakan : “ Allah telah memilihnya menjadi raja kamu dan memberikan kelebihan ilmu dan kegagahan tubuh badan. Allah memberikan kerajaan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehenadaki dan Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.”

Ketika Talut memimpin bani Israel untuk menentang tentera Jalut, dia berkata : “ Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai. Maka sesiapa antara kamu yang meminum airnya, dia bukanlah pengikutku kecuali mereka yang mencedok secedok dengan tangan”.

Namun ternyata bangsa yang terkenal menganiaya para nabi yang diutuskan oleh Allah s.w.t kepada mereka buat kesekian kalinya telah mengutamakan hawa nafsu mereka mengatasi segalanya. Ramai daripada tentera Talut mengingkari arahan tersebut. Hanya sebilangan kecil sahaja yang menurut perintah ketua mereka itu.
Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan. Semasa Talut dan orang yang beriman bersama menyeberangi sungai itu, mereka berkata, “Kita tidak akan mampu melawan Jalut dan bala tenteranya pada hari ini.”

Namun sebahgian yang beriman dan menyakini bantuan Allah dan pertemuan dengan-Nya berkata.: “ betapa kerap kelompok kecil mengalahkan kelompok yang besar dengan izin Allah. Dan Allah bersama orang yang sabar.”

Maka , gugurlah sebahagian mereka daripada senarai tentera yang menyertai Talut. Sebahagian yang lain berjaya melepasi ujian-ujian Allah. Mereka sangat kuat dan bersemangat. Mereka tidak seperti orang yang lemah iman, yang telah terkeluar daripada kemuliaan jihad sebelum sempat berhadapan dengan tentera Jalut.
Allah S.W.T telah menggambarkan kesungguhan munajat mereka sebelum berlaku pertempuran dalam ayat berikutnya yang bermaksud : “ Wahai Tuhan kami, limpahkan kesabaran kepada kami, kukuhkan langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang kafir.”

Maka dengan izin Allah, mereka berjaya menewaskan Jalut dan bala tenteranya . Paling mengejutkan, penglibatan seorang budak lelaki yang masih kecil bernama Daud telah menjadi hero membunuh Jalut dalam peperangan tersebut.

Kehebatan Daud ini dinyatakan  oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya menerusi ayat ke-251 yang bermaksud : “ Lalu mereka telah mengalahkan Jalut serta bala tenteranya dan Daud telah membunuh Jalut, lalu Allah s.w.t telah memberikan kepadanya kerajaan dan kenabian seta diajarkan apa yang dikehendaki-Nya”.

Walaupun bilangan yang sedikit, namun dengan iman yang kuat, semangat yang tidak pernah pudar dan keyakinannya terhadap bantuan Allah, mereka berjaya menghacurkan Jalut serta memenangi peperangan itu.
Sebagai renungan buat kita, ujian akan sentiasa berlaku dalam kehidupan. Ia bertujuan mendidik dan mentarbiah diri kita. Betapa benar firman Allah yang mengingatkan kita, mafhumnya : “Mungkin kamu menyukai sesuatu perkara, sedangkan ia buruk untuk kamu atau mungin kamu membenci sesuatu perkara, tetapi ia baik untuk kamu. Allah jua Yang Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”



Kemenangan dengan izin Allah*solusi*

Selasa, 27 Ogos 2013

Menyapu Dahi dan Hidung Sesudah Solat

Daripada Abu Said al-Khidri : "Aku melihat Rasulullah s.a.w sujud di atas air dan tanah sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah di dahinya". ( Riwayat al-Bukhari).

Kefahaman yang dapat diambil daripada hadis ini ialah :


  • Nabi s.a.w tidak menyapu dahi Baginda semasa solat walaupun dahi Baginda terdapat kesan tanah dan air di dahi Baginda.
  • Nabi s.a.w juga tidak menyapu dahinya selepas solat. Kalaulah terdapat ihtimal selepas solat, maka itu kerana membuang kesan tanah, air dan seumpamanya yang ada di dahi. Biasanya, kini kita sujud dia atas permaidani yang bersih. Maka, keperluan menyapu dahi juga bukanlah daripada perbuatan solat yang mesti dibuat. Sahihnya, Nabi Muhammad s.a.w juga tidak melakukannya. Al-Hafiz ibn Hajar al-Syafi'i pula menyatakan bahawa jika Nabi s.a.w melakukannya pun, maka ia tindakan menyapu habuk, debu dan kesan tanah di dahi Baginda. Ia termasuk dalam bab jibliyyah ( perkara semula jadi kemanusiaan) dan bukannya satu amalan untuk merapatkan diri kepada Allah s.w.t ( Fath al-Bari, jil 2, hlm.416)
Walaupun demikian, menurut ulama mazhab Syafi'i, perbuatan menyapu dahi selepas solat digalakkan berdasarkan hadis berikut : " Apabila Rasulullah s.a.w selesai solat, maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanan sambil berdoa yang bermaksud : "Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, jauhkan aku daripada kesakitan dan kedukacitaan." ( Riwayat al-Tabarani).

Satu lagi hujah berkaitan seperti yang terdapat dalam hadis : " Daripada Qatadah, sesungguhnya dia telah menyapu dahinya apabila selesai solat sebelum memberi salam." ( Musannaf Abdul Razzak, jil 2, hlm 42)

Menurut ulama Syafi'i contohnya dalam I'anah al-Talibin, walaupun hadis daif, ia masih digalakkan untuk dilakukan kerana termasuk dalam kategori fada'il al-'amal ( kelebihan-kelebihan amalan). Namun, amalan ini tidak dapat dijumpai dalam kitab muktamad mazhab Syafi'i seperti al-Um, Rawdah al-Talibin, Tuhfah al-Muntaj, Nihayah al-Muhtaj, Mughni al-Muhtaj dan lain-lain.

Justeru, menisbahkan pendapat menyapu muka selepas solat kepada mazhab Syafi'i masih boleh dipertikaikan kerana ia mungkin pendapat peribadi beberapa ulama bermazhab Syafi'i dan bukan pendapat mazhab.

sumber : Formula Solat Sempurna, Ustaz Zaharuddin Abd.Rahman, terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd.

Tenanglah Wahai Hati..

Wahai sang hati yang gundah..tenanglah sayang kerana..
Ketenangan itu laksana sebatang sungai di tengah-tengah hutan yang ditemui oleh seorang pengembara yang tersesat di dalamnya. Pengembara tersebut dapat mendengar dengan jelas kelembutan aliran sungai tersebut dan diiringi bunyi unggas yang berada di dalamnya.


Sebagaimana ketenangan menghayati alam semula jadi ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa, hati seorang manusia itu akan berasa tenang apabila dirinya sentiasa mengingati Allah s.w.t.

Seseorang yang menuntut sebuah ketenangan, menjadi seorang yang amat mengambil berat terhadap kualiti hubungannya dengan Allah dalam setiap perkara yang berlaku.

Dia merupakan seorang yang sentiasa berhati-hati dalam memilih jalan makruf atau mungkar dalam hidupnya. Ketenangan hati yang diingininya mendambakan kata-katayang bermanfaat, hanya mendengar perkara kebaikan, mata yang menjauhi daripada melihat kemungkaran dan anggota badan yang sunyi daripada melakukan maksiat.

Alhasil, ketenangan yang dirasai dalam segenap diri dan jiwanya akan menatijahkan kerja dan implikasi yang sempurna dan sudah pasti dia akan berpuas hati dengan jalan benar yang telah diambil untuk mencari sebuah ketenangan hakiki.


Jiwa yang sentiasa berkeluh kesah dan dihurung dengan pelbagai kebimbangan umpama sebuah kolam buatan manusia yang keruh airnya dan dipenuhi dengan sampah sarap.

Kebimbangan yang melampau akan membantutkan semua tugasan. Dirinya bimbang jika tidak dapat menyiapkan suatu kerja dalam tempoh yang diberikan. Hatinya juga bimbang jika dia tidak mampu menghasilkan sesuatu yang terbaik. Kepalanya bimbang memikirkan apa tanggapan orang lain terhadap hasil tugasannya tersebut. Akibatnya, semua kerja tidak menjadi.

Namun, bimbang yang sewajarnya perlu disertakan dalam setiap perbuatan dan perkataan. Tahap kebimbangan yang wajar ini dapat membawa seseorang agar berfikir dan seterusnya bertindak dengan lebih rasional dalam tugasanya.

Ingatlah...sedikit bimbang membawa kepada hati-hati, terlebih bimbang akan menyebabkan syaitan mengambil peluang untuk membuka lebih luas lagi pintu kebimbangan.

Bukankah Rasulullah s.a.w telah mengajarkan sebuah doa yang sangat mudah untuk menghindari daripada penyakit ini? Baginda bersabda yang bermaksud : " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kebimbangan dan kesedihan." ( Riwayat Abu Daud).

Rabu, 12 Jun 2013

Hidup Sebagai Seorang Pejuang


maka bangkitlah semangat pejuang!!
hidup di dunia hanyalah sementara..
hakikatnya akhirat jua menjadi kampung halaman..
datangnya kita dariNya..
pulanglah jua kita kepadaNya..
aku bukan yang terbaik
bukan jua yang terhebat
cuma ingin bersama dan bertemu yang beriman
agar ukhuwah dan tali persaudaraan islam itu sama-sama kita pegang teguh
ya Allah..ajarilah aku agar aku sentiasa istiqamah dalam mencintaiMu
dan ajarilah aku agar aku dapat membawa saudara-saudara islamku
bersama mencintaiMu..

Selasa, 11 Jun 2013

Mencintai Dengan Sempurna~Bukan Paras Rupa Jadi Ukuran~

Ada sepasang suami isteri, dimana sang isteri adalah wanita yang sangat cantik tanpa cacat sedikitpun.  Si suami begitu amat mencintai sang isteri, begitu juga isterinya. Pada suatu ketika, telah tersebar penyakit kulit yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit. Penyakit tersebut juga telah terkena pada sang isteri. Dan ternyata wajahnya pun mula hancur dan rosak sedikit demi sedikit oleh penyakit tersebut.

Pada saat itu juga sang suami sedang berada di luar kota dan hendak pulang. Dalam perjalanan pulang, sang suami mengalami kemalangan yang mengakibatkan suaminya menjadi "Buta"...

Dari hari ke hari.....

Sang isteri yang pada mulanya cantik bagaikan bidadari berubah menjadi wanita yang amat buruk dan menyeramkan namun sang suami tidak dapat melihat perubahan itu, kehidupan mereka pun berjalan seperti biasa, penuh kasih sayang dan cinta seperti awal mereka menikah.

Î’erjalan 45 tahun, sang isteri meninggal, sang suami merasa sangat bersedih dan turut merasa kehilangan. Setelah selesai pengebumian, sang suami adalah orang terakhir yang keluar meninggalkan tanah perkuburan .

Ketika berjalan, datanglah seseorang menyapa,
"Pak cik..pak cik hendak kemana???"
Jawab sang suami, "Saya mahu pulang"

Ðœendengar jawaban tersebut, orang tersebut bersedih dengan keadaan sang suami yang buta dan hidup sendiri.

Lalu orang tersebut berkata, "Bukankah pak cik buta dan selalu bergandingan dengan sang isteri?? Bagaimana sekarang pak cik  hendak pulang sendiri?"

Jawab sang suami, "Anak muda, sesuatu yang perlu kamu ketahui, bahawa selama 45 tahun ini sebenarnya saya tidak buta, semua itu saya lakukan agar tidak ada air mata dan kesedihan pada isteriku. Saya tahu, bahawa wajah dan kulit isteriku sudah menjadi sangat menakutkan, tapi itu tidak menjadi masalah bagi saya, kerana saya amat mencintainya".

Sungguh cinta yang berlandaskan kerana Tuhan.


Τerimalah pasangan kita seadanya, dengan segala kekurangan dan kelebihannya
"KERANA KITA BUKAN MENCARI ORANG YANG SEMPURNA tetapi BAGAIMANA MENCINTAI PASANGAN KITA DENGAN CARA YANG SEMPURNA" dalam apapun situasi dan keadaan...

Khamis, 16 Mei 2013

Kisah Rasulullah SAW Dengan Sebiji Limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Sekiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.



Rabu, 24 April 2013

Siapakah dia MUSLIMAH SEJATI????


Muslimah sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.

Muslimah sejati tidak dilihat daripada banyaknya dia berorganisasi, tetapi sebanyak mana dia telah menjalankan amanah.

Muslimah sejati tidak dilihat dari kehadirannya dalam syuro (mesyuarat), tetapi dilihat dari penglibatannya dalam mencari solusi tentang suatu permasalahan.

Muslimah sejati tidak dilihat dari tasnya yang selalu membawa al-Quran, tetapi dilihat dari hafazan dan pemahamannya akan kandungan al-Quran tersebut.

Muslimah sejati tidak dilihat tundukan matanya ketika berinteraksi, tetapi bagaimana dia mampu membentengi hati.

Muslimah sejati tidak dilihat dari penglibatan dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya bekerja.

Muslimah sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Rabb di luar aktiviti solatnya.

Muslimah sejati tidak dilihat dari kasih sayangnya pada orang tua dan teman-teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cintanya pada Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Muslimah sejati tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak mana titisan air mata penyesalannya sewaktu bersujud.

Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di sebaliknya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauhmana dia menutupi bentuk tubuhnya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan, tetapi dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.

Muslimah sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian, tetapi dilihat dari sejauhmana dia berani mempertahankan kehormatannya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalan, tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.

Muslimah sejati bukan dilihat dari besar dan banyaknya ujian yang dia jalani, tetapi dilihat dari sejauhmana dia bersabar menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.

Dan ingatlah, muslimah sejati bukan dilihat dari petahnya dia dalam pergaulan, tetapi dilihat dari sejauhmana dia bisa menjaga kehormatan dirinya di dalam bergaul.


Rabu, 10 April 2013

Wanita Ibarat Epal

Wanita ibarat Epal
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi
kerana ia berguguran di tanah
Tapi Epal yang tak mampu dibeli berada di puncak
susah dipetik, susah digapai
terkadang, Epal itu risau kenapalah diriku belum dipetik..?
lantas ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan diri menyembah tanah..
Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya
sehingga tidak ada siapa yang berani memetiknya
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu..
Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat..?
Biarlah jodoh bukan di dunia
asalkan cinta ILLAHI mengiringi kehidupan kita ini..
In shaa Allah my dear..


Rabu, 3 April 2013

Ujian yang terhebat untuk hambaNya yang paling tabah

Allah swt berikan ujian yang terhebat untuk hambaNya yang paling tabah..maka bersabarlah wahai hati..

" Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu ( wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan Kamu dan orang-orang yang sabar ( dalam menjalankan perintah Kami ) dan ( sehingga) Kami dapat mengesahkan ( benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu" 
( Surah Muhammad :31)



I'am proud to be muslim ( ^_^ ) !!
Love Allah and prophet Muhammad s.a.w




Selasa, 2 April 2013

Perginya Sang Bulanku..pergi kembali kepada Allah..al-fatihah..


Sudah 12 hari arwah meninggalkan diriku..pergi kembali kepada Dia Maha Pencipta. Jika anda masih ingat dan pernah terbaca tentang sajak yang nur buat di dalam blog ini iaitu "sang bulanku", arwah itulah sang bulan nur dan sajak tu nur buat khas buat arwah sebab masa tu, nur tengah nangis, arwah yang pujuk nur dan beritahu nur.."aku kan ada". Tapi masa ni arwah dah pergi, pergi jauh..tapi nur tetap reda dengan pemergian arwah. Nur dah lama kenal arwah, sejak tingkatan satu lagi. Masa itu nur dan arwah sama-sama belajar di SMk Agama Igan. Pada masa itu, nur cuma kawan biasa dengan arwah. Habis tingkatan 5, nur sambung belajar di tingkatan 6, begitu juga dengan arwah. Nur dan arwah duduk satu kelas yang sama. Masa tu, nur belum rapat dengan arwah, ya..masih kawan biasa malah arwahlah pesaing nur di dalam kelas.

Masa berlalu dengan cepat, keputusan Stpm pun dah diumumkan. Alhamdulillah nur dapat keputusan yang baik. Begitu juga dengan arwah. Nur tak sangka Allah atur pertemuan dan jadikan arwah sebagai sahabat nur, apabila nur dan arwah sama2 berjaya menyambung pelajaran ke Ukm. Pertemuan yang tak dirancang oleh kami, tapi telah dirancang yang Maha Berkuasa..Maha suci Mu yang Allah. Di universiti, nur dan arwah rapat sangat, tak pernah terpikir oleh nur yang nur akan rapat dengan arwah. Ya Allah, begitu sucinya hati sahabat nur ini, tak pernah marah, malah sentiasa sabar yang ada pada wajahnya. Demi Allah, nur benar2 tenang bersama arwah, semua berjalan dengan baik, malah arwah seorang yang sabar apabila mendengar nur meluah perasaan dan masalah nur. Nur dan arwah tak pernah terpisah, sentiasa duduk bersebelah di kelas dan kuliah, makan bersama2, pergi kuliah dan kelas bersama2, cuma waktu malam sahaja nur tak bersama arwah sebab bilik yang berlainan.

Arwah seorang yang pemalu, tapi seorang yang kuat hatinya untuk menyampaikan dakwahnya. Ya Allah sucinya hati sahabatku ini. Arwah suka menyampaikan dakwahnya di Fb, ramai orang yang suka akan penulisan arwah. Sebab arwah memang seorang yang seni, pandai bermadah malah setiap apa yang arwah hasilkan dalam penulisannya, dapat menyetuh perasaan orang yang membacanya. Ya Allah..semoga apa yang arwah tuliskan dan sampaikan sentiasa dijadikan pahala yang mengalir bagi arwah. Pada 22 hari bulan 3..arwah menyampaikan hasratnya untuk ke bandar Kajang. Kebetulan nur dan arwah memang merancang untuk keluar bersama..ayat terakhir arwah "selepas ni, kita dua tak dapat nak keluar lagi"..sebenarnya nur tak perasaan ayat tu membawa seribu erti yang tersembunyi...rupa-rupanya..arwah akan pergi jauh..

Di Kajang, arwah membeli tikar yang memang arwah teringin sangat nk beli. Arwah beli kasut baru, makanan..arwah nampak sihat. Masa makan, arwah makan banyak udang, sebab arwah suka udang. Malam dari Kajang, arwah beli ais-krim..arwah makan walaupun gigi arwah sakit. Arwah bagi kt nur sikit, hehe, nur pun sakit gigi. Tapi nur makan juga, sebab nak jaga hati arwah. Malam tu juga, nur, arwah dan dua lagi kawan nur lepas balik dari kajang terus ke Dewan sebab da ceramah daripada Tun Dr Mahathir. Masa tu, nur tak duduk tepi arwah, tapi hati nur teringin sangat nak duduk tepi arwah. Tapi nur biarkn saja. Balik dari dewan malam tu, arwah masih kelihatan sihat, kita orang balik happy je ke kolej. Malam tu juga, nur tidur kt bilik arwah sebab roomate arwah balik rumah. Bagaikan diatur, sem ni baru hari tu juga nur tidur bilik arwah lagi.

nur dan arwah borak2 malam tu, happy sangat. nur beritahu arwah yang nur nak berpuasa keesokan hari. Arwah buka semua makanan yang arwah beli. Arwah beritahu nur, kalau nur teringin nak makan, nur ambik je. Sebelum tidur malam tu, nur dan arwah sempat cuci kipas, nur pendek jadi nur tukang pegang kipas, arwah yang cuci. Comelnya arwah. Pagi tu, 23 hari bulan 3, nur tersedar dari tidur, disebabkan hp arwah berbunyi, dan arwah dah pasangkan alarm. Nur terus minum dan makan sikit, maklumlah kalau bab sahur, nur tak makan banyak. Nur lihat arwah masih tidur dan seperti biasa, tidak ada pa2 yang berlaku. Subuh tu, arwah terjaga, dan arwah bangunkan nur sekali. nur pesan kat arwah yang nur nak solat lepas arwah selesai solat, seperti yang dipesan, selesai arwah solat, arwah pun bangunkan nur. Masa nur solat, arwah g mandi.

nur lepas solat sambung g tido balik, arwah masih mandi masa tu. Masa nur terjaga, nur lihat arwah dah mandi dan pakai baju yang nur dan kawan nur hadiahkan masa hari lahir arwah dulu dan nur lihat arwah pun tertidur juga, mungkin sementara menunggu pukul 7 arwah tidur sekejap. Tiba2..nur terjaga dari tidur, sebab nur terdengar  arwah menangis, tangisan lain daripada biasa. Hati nur hanya Allah sahaja yang tahu, nur pujuk arwah, nur tanya kenapa?kenapa?kenapa?..arwah bagaikan tak sedarkan diri terus menangis. Tetapi mata arwah tertutup. nur buntu, entah kenapa yang keluar dari mulut nur hanyalah, hanyalah persoalan kenapa?, oleh kerana nur tewas dalam persoalan dan kasihankan arwah, nur biarkan dan nur tenangkan arwah. nur lihat arwah masih tak tentu arah, cuma yang keluar dari bibir arwah hanyalah perkataan Agung..ya nama Tuhan yang mencipta Alam " Ya Allah"..berulang kali arwah menyebutnya. Hati nur semakin risau, dan kemudian arwah terdiam dan kelihatan tenang sedikit, lalu arwah meletak kepalanya di paha nur, nur belai rambut arwah..ingin sahaja pada masa itu, nur ingin juga katakan pada arwah..jangan sedih, aku kan ada..tapi entah, mengapa bibirku terdiam..diam seribu bahasa.

Kemudian arwah bangun, masih lagi "Allah" di bibirnya, nur terasa sayu, dan nur berikan segelas air untuk arwah. Tak disangka, arwah meletak balik air tersebut sehingga terkeluar air dari gelas dan membasahi lantai. Oleh kerana rasa kasihan dan sayang nur, ok nur biarkan sahaja,sebab dalam pikiran nur pada masa tu cuma ingin berikan keselesaan pada arwah. Dan arwah terus meletakkan kepalanya di bantal, arwah kelihatan tenang, seolah-olah membiarkan dirinya dibawa mimpi. Nur berada di tepi arwah, membiarkan arwah berehat, Ya Allah..nur tidak tahu, rupa2nya itulah saat terakhir arwah bersama nur. Nur terlelap menjaga arwah, dan apabila nur bangun semuala, nur kejutkan arwah, dalam pikiran nur pada masa tu, arwah akan tersedar...tapi..tak..tak..dan tak..nur terkejut dan jadi lemah, terus memanggil kawan2 di blik sebelah. Arwah dibawa ke hospital, arwah berada di pangkuan nur, air mata nur tidak berhenti mengalir, memang benar tidak pernah terlintas dalam pikiran nur..arwah kan pergi..pergi jauh..

Selepas nur hubungi keluarga arwah, kami sama2 menunggu di ruang menunggu. Kemudian doktor datang ke arah abg arwah dan bagaikan hujan melimpah ke atas diri nur, nur tidak dapat menahan sebak..mah.. kenapa pergi..nur masih perlukan mah..kita masih banyak perkara nak lakukan bersama kan..mah..arwah pergi 23 hari bulan 3..meninggalkan nur dengan seribu kenangan..nur iringi arwah sampai ke kampung halaman arwah. Sedih hati hanya Allah yang mengetahui..tapi diri ini tetap reda..reda dengan ketentuanMu ya Allah. Apalah nilai kasih sayang nur kepada arwah jika dibandingkan kasih sayang Allah. biarlah Allah yang menjaga arwah sebab cinta Allah itu tidak ada tandingannya. Semoga dirimu tenang di sana sayang..nantikan diriku di syurga..in Shaa Allah..nur kan sentiasa tabah menghadapi hidup ini dan akan teruskan perjuangan ini..walaupun nur tahu dirimu tiada di sisi nur lagi. Al-fatihah....Sahabat ku --------------..dirimulah sahabat sejati..di dunia dan di akhirat...

Ahad, 17 Mac 2013

Siapakah dia Wanita Solehah ??


Wanita solehah adalah calon bidadari surga. Dia cantik kerana akhlaknya. Dia lembut kerana kesopanannya. Tegar kerana kesabarannya. Bersinar wajahnya kerana air wudhunya. Mempesona kerana cintanya pada Allah SWT. Bahkan bidadari di surga pun iri terhadapnya, kerana wanita solehah jauh lebih baik daripada bidadari surga. Wanita solehah adalah wanita yang hebat. Ia teguh dan pemberani. Berani membela agamanya, berani menjaga kehormatan dan harga dirinya. Selalu menutup auratnya. Wanita solehah itu pantang menyerah. Selalu tabah dan tawakal dalam menempuh ujian dari Tuhannya. Tak pernah rapuh, dan selalu ikhlas dalam hatinya. Seorang wanita yang solehah mampu menjadi teladan bagi generasi di bawahnya. Ia penuh dengan cinta kasih, serta memiliki akhlak yang mulia.
Selalu menjaga diri dalam pergaulannya. Menjauhkan diri dari bermaksiat dan selalu taat pada perintah Allah Ta'ala. Wanita yang solehah bersifat Qana'ah (selalu merasa cukup).  Tak banyak tuntutan dan dapat menjadi isteri yang baik, serta ibu yang penyayang. Rasulullah bersabda, "Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia. Mereka adalah Asiah binti Muzahim, istri Fir'aun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwalid, istri Rasulullah SAW; dan Fatimah binti Muhammad" (HR Bukhari)

1. Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah,
meskipun hidup bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

2. Maryam ialah simbol wanita yang dalam ibadahnya dan tinggi darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu
memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

3. Khadijah ialah simbol isteri setia tanpa mengenal lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji
kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung berbagai risiko dan cubaan dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada Rasulullah.

4. Fatimah adalah simbol berbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri
yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Dia adalah teladan bagi seluruh muslimah di dunia.


Hadis dan ayat Al Qur'an tentang wanita solehah
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, …” (Q.S. An-Nuur: 31).

Sabda Rasulullah yang isinya: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia di mata keluarganya; yang menghormati suaminya; menghias dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri dari pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya."

“Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).

Dari Anas, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."( Hadis Riwayat Ahmad)

"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara farji (kemaluan) - nya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara farji- nya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa nampak daripadanya." (QS. An Nuur ayat 30-31)



Rabu, 13 Mac 2013

"KETIKA RINDU TERPISAH JARAK DAN WAKTU"


Ketika engkau begitu merindukan seseorang yang sangat engkau sayangi nun jauh disana. Maka rindukanlah dia dalam setiap doamu. Rindukanlah dia dalam setiap sujudmu.Pintalah agar dia selalu berada di jalan_Nya.Pintalah agar dia selalu menjaga hatinya.

Ingatlah..
Jarak jauh adalah Ujian sebuah hubungan cinta.
Jarak dekatpun adalah ujian keimanan sebuah hubungan cinta.
Dan menanti dengan penuh ketulusan adalah bukti kesetiaan dan pengorbanan sebuah hubungan cinta.

Sesungguhnya jarak itu bukan bermaksud untuk menghukummu. Akan tetapi untuk menjaga dirimu dengannya.
Menjaga kefitrahannya.

Bersabarlah hingga suatu saat waktunya akan tiba.
Dalam sebuah ikatan yang terlindungi ridha_Nya.

Maka bertahanlah dalam sebuah penantian penuh dengan keikhlasan. Dalam sebuah penantian penuh dengan ketulusan.
Dalam menjemput hubungan yang benar2 dihalalkan.

Jumaat, 8 Mac 2013

Jangan Bersedih~Allah akan menggantikan yang lebih baik ^ _ ^

Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu bila anda bersabar dan tetap ridha dengan segala ketetapanNya.

Barangsiapa Kuambil dua kekasihnya (matanya) tetap bersabar maka Aku akan mengganti kedua (mata)nya dengan surga (Al Hadist)

Barangsiapa Kuambil orang yang dicintainya didunia tetap mengharapkan ridhaKu niscaya Aku akan menggantinya dengan surga (Al Hadist)

Yakni, barangsiapa kehilangan anaknya tetap berusaha untuk bersabar maka di alam keabadian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul Hamd (Istana Pujian).

Maka Anda tak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa Anda sebab yang menentukan semua itu memiliki surga, balasan, pengganti dan ganjaran yang besar.

Para Waliyullah yang pernah tertimpa musibah, ujian dan cobaan akan mendapatkan penghormatan di yang agung di surga Firdaus. Itu tersirat dalam firmanNya
Selamat atasmu karena kesabaranmu. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (QS Ar Rad 24)

Betapapun kita selalu harus melihat dan yakin bahwa dibalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berujung pada kebaikan kita. Dengan begitu kita akan termasuk,

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka dan mereka itulah orang orang yang mendpata petunjuk. (QS Al Baqarah 157)

Ini merupakan ucapan selamat bagi orang orang yang mendapat musibah dan kabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana. Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Sehingga barangsiapa di dunia mendapat musibah ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak dan barangsiapa hidup sengsara didunia ia akan hidup bahagia di akhirat. Lain halnya dengan mereka yang memang lebih mencintai dunia hanya mendambakan kenikmatan dunia saja dan lebih senang pada keindahan dunia. Hati mereka akan selalu gundah gulana, cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya di dunia. Mereka ini hanya mengingnkan kenikmatan dunia saja sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai petaka besar yang mematikan. Mereka juga akan memandang cobaan sebagai sesuatu yang gelap gulita selamanya. Ini adalah
karena mereka selalu memandang kearah bawah telapak kakinya dan hanya mengagunggakn dunia yang sangat fana dan tidak berharga ini.

Wahai orang-orang yang tertimpa musibah, sesungguhnya tak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian. Kalian justru beruntung karena Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hamba hamba nya dengan “surat ketetapan” yang disela sela huruf kalimatnya terdapat suatu kelembutan, empati, pahala, ada balasan dan juga pilihan. Maka dari itu, siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar, mata jernih dan pola pikir
yang panjang. Dengan begitu ia akan menyaksikan bahwa buah manis dari musibah itu adalah

Lalu diadakan diantara mereka dinding yang mempunyai pintu. Disebelah dalamnya ada rahmat dan disebelah luarnya dari situ ada siksa (QS Al Hadid 13)

Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik lebih abadi lebih utama dan lebih mulia.

~ buku : La Tahzan (Jangan Bersedih) karya DR Aidh Al-Qarni p. 23-24

Jumaat, 1 Mac 2013

Sajak Aminah Qutbi Buat Bakal Suami~cinta~

Sekiranya.
kita cinta kepada manusia,
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh 
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku

Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan kepadaku..
~Aminah Qutb~

*Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya...