Rabu, 23 Januari 2013

Kekasih Allah..Salam Maulidur Rasul..

Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya habibi salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya habibi salammualaika

Malu rasanya mengatakan cinta
 Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah



Ahad, 20 Januari 2013

KONGSI LOLIPOP

Azhar dan Abu bersahabat namun daripada latar belakang yang berbeza. Azhar anak seorang peniaga. Abu pula miskin dan yatim piatu. Dia tinggal bersama-sama dengan neneknya yang sudah tua. Mereka sedang berjalan beriringan. Azhar sedang mengulum sebatang lolipop. Abu bertanya : "apa di dalam mulut kau, Azhar?"

"lolipop."
"lolipop? macam mana rasa lolipop ya?" Abu bertanya lagi.
"engkau tidak pernah rasa lolipop?"
Abu menggelengkan kepala. Dek kerana kemiskinan, Abu tidak pernah merasa lolipop apatah lagi membelinya.
"nah, kau ambil dan rasa!"
"terima kasih." Abu pantasa menyambut lolipop tersebut sambil senyum.
"wah, manisnya! Rupa-rupanya macam ni rasanya lolipop!"
"Okey, sekarang kau dah tahu rasa lolipop kan? sekarang boleh kau pulanhkan lolipop aku tu?"
dengan berat hati Abu menyerahkan kembali lolipop itu.

Abu mendapat satu helah. "Eh, aku dah lupa la macam mana rasa lolipop tadi," katanya tiba-tiba.
"kan kau dah rasa tadi"
"kejap sangat. Tu yang aku dah lupa rasanya".
"okey, kau rasa lolipop ni 10 saat, aku pula 10 saat." lolipop bertukar mulut.

" satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh...." Azhar mengira kemudian dia bertanya: "lepas tujuh tu apa ya?"
"dua" jawab Abu.
"satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan...." Azhar mengira lagi. Sekali lagi terbantut. "lepas lapan, apa ya?
"dua!"
"satu, dua, tiga, empat ,lima, enam, tujuh..." Azhar mengira lagi."eh, kenapa aku mengira tidak habis-habis ni?"

Abu yang kasihankan Azhar menghulurkan kembali lolipop kepada sahabatnya itu, Sebalik sahaja lolipop berpindah ke dalam mulut Azhar, Abu pantas mengira. Tepat 10 saat Abu mengira sampai angka 10.
Azhar akur. Diberikan lolipop kepada Abu. Azhar pula mengira. Kali ini tepat.
"Kamu tahu mengira sebenarnya?"
Azhar sekadar tersengih. Tahulah Abu bahawa Azhar sengaja mengira dengan salah untuk memberikannya peluang makan lolipop lebih lama.

Pengajaran : demi sebuah persahabatan, seorang insan sanggup melebihkan sahabatnya berbanding dirinya sendiri. Persahabatan yang paling indah semestinya persahabatan yang diasaskan atasa rasa cinta kepada Allah ..(^_^) Solusi...

Jumaat, 18 Januari 2013

PENGEMIS PRO

Seorang peminta sedekah duduk tunduk di sebuah kaki lima, meraih simpati orang yang lalu lalang agar ada yang menghulurkan walau sekeping duit syiling. Itulah rutinnya sejak beberapa tahun. Seorang lelaki separuh usia mendekatinya. Tangannya yang tertadah dihulurkan kepada si peminta sedekah ;" Tolong sedekahkan saya sedikit wang ". Si peminta sedekah agak terkejut.

Ya orang yang meminta itu kelihatan berpakaian kemas. Tiada tanda miskin atau fakir pada wajah dan penampilannya. "maaf, saya ni peminta sedekah. Bagaimana saya boleh memberikan kamu wang kepada kamu. Saya tiada punya apa-apa.."

"Siapa kata kamu tidak punya apa-apa? kamu ada bangku kayu yang kamu sedang duduk itu."

" tapi dari tadi saya meminta sedekah namun belum peroleh apa-apa hasil lagi".

"Begini, saya ada satu petua. Kalau kamu inginkan hasil 'kutipan' yang lebih lumayan, kamu dengar petua saya ini.." kata lelaki itu kepada peminta sedekah. Dia pun membisikkan petuanya kepada si peminta sedekah. Peminta sedekah itun pun mendengar dan mengangguk-angguk tanda faham.

Keesokan hari, pagi-pagi lagi si peminta sedekah sudah duduk di kaki lima itu. Itu pesan pertama lelaki tersebut; perlu keluar awal pagi. Ternyata benar. Hasil mengemis hari itu cukup luar biasa. Hari berikutnya, si peminta sedekah itu menjahit kasut usang miliknya. Ini pesanan kedua lelaki tersebut. Peralatan menjahit turut dibekalkan oleh lelaki itu. Pesannya lagi, perlu menjahit dengan bersungguh-sungguh agar orang yang lalu lalang simpati melihat dia menjahit kasut sendiri kerana tiada wang untuk membeli kasut baru.

Sedang asyik membongkok menjahit kasut, dia disapa : "Ni kasut saya ada koyak sikit, Boleh anda tolong jahitkan?..Si peminta sedekah tergamam. Sekarang dia disangka sebagai penjahit kasut, bukan lagi peminta sedekah. Entah mengapa, apabila dia tidak dianggap peminta sedekah, harga dirinya terasa tinggi. Dia pun mengambil kasut orang itu dan mula menjahitnya dengan tekun. Setelah siap dia menghulurkan kembali kepada orang itu.

"Wah, kemas hasil kerja kamu. Nah, ini upahnya. Bakinya kamu simpan," katanya menghulurkan wang RM10. Kini peminta sedekah itu masih duduk di atas bangku kayunya. Bukan lagi sebagai peminta sedekah, sebaliknya sebagai tukang jahit kasut.

p/s Apabila kita berusaha dan sentiasa berfikiran positif, maka kita akan dapat mengubah diri kita ke arah yang lebih baik..~solusi~

Rabu, 16 Januari 2013

Pemakaian Cincin Mengikut Islam


“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan janganlah memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

# Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyiduna Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.

Kisah Bulu Mata Orang Yang Bertaubat


Diriwayatkan di Hari Pembalasan kelak,ada seorang hamba ALLAH sedang diadili.Ia dituduh bersalah,mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.Tetapi ia berkeras membantah.Tidak.Demi langit dan bumi sungguh tidak benar.Saya tidak melakukan semua itu.

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat.
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan,lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya,ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah,“Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.”

“Inilah saksi-saksi itu,”kata malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara,“Saya yang memandangi.”
Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.”
Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”

Bibir mengaku, “Saya yang merayu.”
Lidah menambah, “Saya yang mengisap.”
Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meremas.”
Kaki menyusul,“Saya yang dipakai lari ketika ketahuan.”

“Nah kalau kubiarkan,seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu,ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi.Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal diletakkan ke dalam jahanam.Padahal,rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”

“Silakan”,kata malaikat.

“Terus terang saja,menjelang ajalnya,pada suatu tengah malam yg lengang,aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya.Bukankah nabinya pernah berjanji,bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat,walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya,namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka.Maka saya,selembar bulu matanya,berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga:

“Lihatlah, hamba ALLAH ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata. (atas rahmat ALLAH) sungguh ALLAH Maha Pemberi Kurnia..."

Nusaibah Serikandi Perang

Nusaibah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah.

Nusaibah di Perang Uhud
Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari dikejar musuh.

Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, inggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh.

Rasulullah yang melihat peristiwa itu merasa terharu. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” kata Rasulullah kepadanya.

Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang.

“Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah.

Kemudian, Nusaibah dengan bantuan beberapa tentera Muslimin berjaya membunuh orang itu. Melihatkan keadaan ini, Rasulullah berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menenangkanmu dan menggembirakan hatimu daripada musuhmu serta memperlihatkan balas dendammu dihadapanmu.”

Ketika Perang Uhud ini, Nusaibah mengalami luka yang banyak, terutamanya di bahagian bahu. Rasulullah memeriksa lukanya lalu meminta Abdullah, anaknya untuk mengikat luka tersebut sambil berkata, “Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kamu semua.”

Nusaibah mendengar kata-kata Rasulullah itu. “Ya Rasulullah! Mohonlah kepada Allah agar kami boleh menemanimu di syurga nanti,” kata Nusaibah.

Maka Rasulullah pun berdoa, “Ya Allah! Jadikalnlah mereka semua ini penemanku di syurga kelak.”

“Aku tidak akan mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia ini,” kata Nusaibah sebagai membalas.

Nusaibah di Perang Yamamah
Perang terakhir yang diikuti oleh Nusaibah ialah Perang Yamamah. Perang ini berlaku ketika pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq bagi memerangi orang-orang murtad yang diketuai oleh Musailamah al-Kazzab.

Nusaibah berperang dengan sesungguh hatinya walaupun ketika itu sebelah tangannya telah putus. Ketika tentera Islam berjaya membunuh Musailamah dan para pengikutnya, dia bersujud kepada Allah sebagai tanda kesyukuran akan berakhirnya fitnah tersebut.

Nusaibah punya karamah.
Nusaibah dikurniakan Allah dengan pelbagai kelebihan yang tiada pada orang lain. Ketika Rasulullah mencukur rambutnya di al-Hudaibiyyah, para sahabat berusaha mendapatkan rambut tersebut. Nusaibah mengambil beberapa helai rambut dan air cucian rambut ini digunakan oleh pesakit untuk mandi dan minum. Dengan izin Allah, pesakit itu sembuh.

Tangannya sebelah telah putus ditetak musuh semasa Perang Yamamah. Apabila ada orang yang sakit datang menemuinya, Nusaibah akan mengusap si pesakit menggunakan tangannya yang kudung itu sambil berdoa supaya sembuh. Dengan izin Allah, pesakit itu sembuh..


KENAPA KEDUA BIBIR TIDAK BERGERAK KETIKA MENGUCAP LA ILA-HA ILLALLAH?


Kenapa ke dua-dua bibir kita (atas dan bawah)
tidak bergerak sewaktu kita mengucapkan Kalimah
Syahadah LA ILA-HA ILLALLAH?

Ha, cuba try sebut LA ILA-HA ILLALLAH...Kedua-
dua bibir kita tak bergerakan?

Kenapa dan mengapa??

Jawapannya: Itulah Rahmat Allah yang amat besar
ke atas hamba-hambaNya...

Ini kerana seseorang yang didatangi Sakaratul
Maut (Nazak), dia sudah tidak berdaya lagi
menggerakkan seluruhnya tubuhnya kecuali LIDAH
nya sahaja.. 

Maha Suci Allah..




KISAH SEORANG LELAKI TIDAK PERNAH BERSELAWAT KEPADA RASULLAH SAW


Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya." Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."

– Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)


Selasa, 15 Januari 2013

Kisah Qarun..Dn Terbenamlah Harta Qarun

Qarun termasuk kaum Nabi Musa ‘alaihis salam . Ia adalah seorang yang kaya, harta dan simpanannya banyak, bahkan kunci-kunci simpanan kekayaannya tidak dapat dibawa kecuali oleh orang-orang yang kuat. Akan tetapi, Qarun mendurhakai Nabi Musa dan Harun, ia tidak menerima nasihat keduanya, dan ia menyangka bahawa harta dan kenikmatan yang didapatkannya adalah karena ia berhak memilikinya dan bahawa ia memperolehnya karena ilmunya.

Suatu hari, Qarun keluar ke Madinah dengan perhiasan yang besar dan perlengkapan yang banyak sambil memakai pakaian yang bagus. Ketika ia melewati manusia, maka sebahagian manusia mendekatinya untuk memberinya nasihat dengan berkata,

“Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri.–Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan". (QS. Al-Qashash: 76-77)

Maka Qarun menolak nasihat itu dengan sombong, ia berkata, “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku.” Ia menyangka bahawa harta yang diperolehnya ini karena kecerdasan dan kemampuannya.

Suatu ketika Qarun keluar ke hadapan manusia dengan satu iring-iringan yang lengkap dengan pengawal, hamba sahaya dan segala kemewahannya untuk memperlihatkan kemegahannya kepada kaumnya.

Saat itu, sebahagian manusia ada yang terfitnah (terpukau) dengan kekayaan dan perhiasan Qarun, mereka ingin sekiranya mereka mempunyai seperti yang dimiliki Qarun, tetapi orang-orang soleh di antara mereka berkata,

“Pahala Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal saleh.”  Ketika Qarun terus bersikap sombong dan bongkak, maka Allah membenamkan Qarun dan rumahnya ke dalam bumi, dan tidak ada seorang pun yang mampu menolongnya, dan ketika itu, orang-orang yang kelmarin bercita-cita akan kedudukan Qarun itu, berkata,

“Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki  bagi siapa yang Dia kehendaki dari hamba- hambanya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan kurnia-Nya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). aduhai benarlah, tidak beruntung orang- orang yang mengingkari (nikmat Allah).”(QS. Al Qashash:82).

Semoga Bermanfaat (^_^)




Isnin, 14 Januari 2013

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit


Ahad, 13 Januari 2013

Sepotong Roti Penebus Dosa...

Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahwa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti.”

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia pun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu. Rupanya berhampiran kedai tersebut hidup seorang Pendeta yang setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu, masing-masingnya mendapat sepotong roti.

Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membahagi-bahagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan laki-laki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”

Orang yang membahagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bahagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari sepotong roti.”

Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka laki-laki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam.

Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sepotong roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sepotong roti tersebut lebih berat timbangannya dibanding dengan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sepotong roti itu!”

‎" KUAT MAKAN vs TAK SEMBAHYANG "


Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Kamal duduk di rumahnya… cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul - betul menghabiskan borehhh…

Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Natgeo di tv1… lepas tu sambung tengok Berita Perdana juga di tv1… lepas tu makan… lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak mengalahkan orang politik.

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu…


Satu hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji…” katanya kepada Kamal… “Boleh juga… ” kata Kamal tanpa mengesyaki sesuatu.. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal…

Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi makan lagi, dan lagi… dan lagi…” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… .agak-agaklaa…” katanya tersenyum..

“Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni… mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa…Mereka bermain set kedua… Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main damhaji tentu tak faham cerita ini… )…

kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji… Apa lagi… . “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena…

Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim…tak tinggal sembahyang lagi…

p/s : Apa yang pengajaran yang baik yang anda dapat dari kisah ni ?
 ( ^_^)..

Rabu, 9 Januari 2013

JIKA AWAK RASA SUSAH..ADA LAGI LEBIH SUSAH

Suasana petang sungguh damai di ukm. Teringat pula kampung halaman. Tak sabar hati nk balik, lama betul tak jumpa dengan keluarga kt kampung, rindu... Paper exam masih ada lagi, boleh tahan juga semester ni, dapat paper falsafah untuk krts last exam. Sementara tunggu cik Siti ( kawan), aku duduk-duduklah bawah pokok, wah bestnye..indah sungguh ciptaan Allah, subhanaAllah. Tenang, biasalah kolej kediaman aku ni atas bukit sambil tu bolehlah tengok bas rengit ( nama bas kt ukm) bawa pelajar-pelajar balik dari exam.

Tengah mata aku ni sibuk perhatikan pemandangan dan keadaan dari atas bukit, tiba-tiba mata aku terpadang seorang tukang sapu balik dari kerja...seorang gadis perempuan.. Kelihatan dia penat balik dari kerjanya membersih kediaman pelajar. Jika lihat dari umur, kelihatan sebaya dengan umur aku. Hati aku mula terpikir, ya Allah betapa beruntungnya aku dari dia. Dalam umur aku sebegini, aku tak perlu berkerja keras mencari duit seperti dia. Aku lihat tanganku, kelihatan bersih tanpa lelah, dan bila aku lihat tangannya menceritakan seribu kepenatan yang hanya diri gadis itu dan Allah sahaja yang tahu. Sedangkan aku kadang-kadang mengeluh penat menaip tugasan-tugasan yang pensyarah beri, tapi jika dibanding diri aku dan diri dia, mungkin tangannya penat lagi barangkali. Berkerja sehari-hari, sedangkan diri aku ini, buat kerja kadang-kadang ikut mood, tapi dia..tak..terpaksa berkerja atas arahan, jika tak mungkin dimarahi.

Aku  terus memerhati lagi, kelihatan dia sedang ketawa riang bersama rakan sekerjanya. Entah mengapa aku turut seolah tersenyum dengan keadaan gembira mereka. Ya Allah..sungguh Maha Adil Engkau ya Tuhanku..mungkin aku tak dapat cari segala jawapan yang bermain dalam fikiranku. Yang dapat aku ucapkan, segala yang Allah tetapkan dalam diri kita..sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya. Mungkin aku tak mampu menjadi sekuat gadis itu dan gadis itu mungkin tak mampu menjadi sekuat aku. Maksud aku disini, Allah takdirkan kehidupan gadis itu sebegitu, atas kemampuan gadis itu sendiri, bayangkan jika aku diletakkan di tempat gadis itu..mungkin aku tak kn setabah hati dia mencari rezeki dan begitu juga sebaliknya.

Dan hati aku berbicara sendiri lagi, sungguh malunya diri aku ini jika aku tidak tahu bersyukur atas segala pemberian daripada Allah. Allah berikan aku pengetahuan dan berikan aku segala kemudahan untuk aku menuntut ilmu malah dari segi kewangan pun keluarga aku masih mampu..Ya Allah Alhamdulillah ku ucapkan padaMu..maafkan diri ini jika terasa hidup ini susah, sedangkan masih ramai lagi di luar sana bertarung untuk terus hidup. Aku terus muhasabah diriku, tiba-tiba teringat kisah seorang pekerja ayah aku, kisah yang aku dengar dari ibu..masa tu, ibu terkejut lihat ayah buka almari baju abang-abang aku dan ambil semua baju yang masih baru dan meletakkan dalam beg. Melihat kelakuan ayah yang pelik, ibu aku teruslah bertanya hendak kemana semua baju-baju tu nk dibawa, nnt boleh bising pula abang-abang aku tengok baju mereka lihat dalam almari.

Sebab melihat keadaan ibu tertanya-tanya, lalu ayah aku pun ceritalah tentang seorang pekerja dia, umur dia sebaya dengan abang aku, kalau tak silap masa tu, abang aku umur baru 17 tahun, hendak menduduki Spm gitu, sekarang Alhamdulillah tengah menuntut di universiti kt Johor. Pekerja ayah aku ni dalam umur masih muda, ayah aku kesian juga tengok dia ni, jika dibanding dengan anaknya, abang aku tengah sibuk study mencari ilmu, dia dah mencari rezeki untuk family dia. dipendekkan cerita, ayah selalu perhatikan pekerja dia ni, tiap-tiap hari bila datang kerja, pakai baju yang sama je, esok baju tu lagi, lusa baju tu lagi, dan seterusnya. kalau tukar pun, mungkin baju yang lain, dan kemudian baju yang sama. Sedangkan pekerja-pekerja yang lain boleh je pakai baju yang tak sama.

Mungkin terlalu kerap, membuat hati ayah tertanya-tertanya, sedangkan ayah dh beri gaji tiap-tiap bulan. hati ayah aku pun tak tahan, dan terus bertanya kt budak laki tu, kenapa tak beli walau sehelai baju baru, kemana semua duit gaji dia?. budak laki tu pun ceritalah yang dia datang dari keluarga yang susah, ayah dia sakit dan tidak mampu untuk bekerja lagi, kebetulan adik beradik dia ramai dan dia merupakan anak sulung dalam keluarga dia..segala beban terpikul atas bahu dia. oleh kerana rasa kasih dan korban seorang abang, setiap duit gaji yang diterima terus dihantar pergi ke kampung untuk keluarga. Tanpa memikirkan keadaan diri, asal perut dapat mengalas sedikit makanan sebagai bekalan tenaga kudrat untuk bekerja sudah memadai bagi dia. Begitulah pergorbanan seorang abang dan bagaimana dengan kita??..masih tak bersyukur lagi ke??...

wahai kawan, jangan pernah putus asa dalam kehidupan kita..kadang-kadang memang hidup ini tidak pernah terlepas dari segala dugaan, tidak kira orang tu kaya ke miskin ke, terpelajar ke, tapi ingatlah..Allah tak pernah bebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu bagi hambaNya.. jangan pernah pandang hina pada mereka yang rendah taraf dari kita walaupun dia seorang tukang cuci, tukang sapu sampah, pengutip sampah..kita tak pernah tahu nilai taqwa dia kepada Allah, mungkin lebih baik dari kita. Dan di akhirat kelak, Allah tak akan asingkan hamba-hambaNya mengikut pekerjaaan atau pangkat di dunia  ini, tapi yang membezakan kita hanyalah nilai taqwa dan keimanan kita kepada Allah, dengan itu antara syurga atau neraka tempatnya..

Dan ingatlah jika kita terasa kita susah bagai nak bunuh diri sebab masalah yang kita hadapi, sebenarnya di luar sana masih banyak manusia-manusia yang mungkin lebih susah daripada kita tapi masih tetap tersenyum mungkin jika masalah itu diberi kepada mereka, mungkin masalah itu bagai seekor semut di tapak tangan mereka, contohnya seorang budak kecil yang kaya berjalan dengan kasut barunya..lalu kasut baru dan mahalnya itu terkena benda tajam..terkoyak hanya sedikit di hujung kasut tersebut..lalu dia marah, sedih dan menangis..tiba-tiba lalu sekumpulan kanak-kanak miskin yang sedang berlari berkejaran..tiba-tiba salah seorang daripada mereka  terjatuh di hadapan budak kaya tersebut..akibat terkejut budak kaya tersebut ingin membantunya untuk bangun, sedang dia ingin menarik tangan si budak miskin tersebut, lalu dia melihat kasut yang dipakai oleh si budak miskin..terkoyak habis..buruk..dia terdiam..dan berkata dalam hatinya..dia lebih susah dariku..tapi masih mengunakan kasutnya..selepas membantu si budak miskin bangun..si budak kaya pun balik dengan penuh rasa malu dengan sikapnya...

Si budak miskin dalam masa yang sama..melihat kasut si budak kaya..hati dia terasa sedih, mengapa kasut nya tak seperti si budak kaya tadi. Hatinya teringin untuk memiliki..tapi apakan daya keluarganya miskin..dalam mengenang nasib..dia melangkah lesu pulang..dalam perjalanan pulang..si budak miskin terdengar tangisan seorang budak, sebab perasaan ingin tahu, dia menghampiri dan duduk di tepi budak tersebut. Dan terus bertanya kenapa budak tersebut menangis..lalu budak tersebut menceritakan kasutnya hilang. Kasutnya yang hilang tersebut merupakan satu-satunya kasut yang dirinya ada. Dia takut untuk memberitahu ibunya tentang kehilangan kasutnya sebab melihat keadaan ibu dia sakit dan ayahnya  yang sudah lama meninggal dunia, untuk mencari duit dan membeli kasut yang baru tentu amat sukar baginya sebagai seorang budak...si budak miskin tadi tak dapat berkata-kata..di dalam hatinya cuma berkata..dia lebih susah dariku..aku masih beruntung mempunyai sepasang kasut...lalu si budak miskin meminta diri untuk pulang dan hatinya kembali bersemangat...

 Si budak yang kehilangan kasutnya tadi terus menangis..duduk seorang diri di bawah sepohon pokok..hari semakin gelap..dan menangislah dia di bawah sinaran bulan, tiba-tiba terdengar suara seorang budak yang lain menyapa namanya Sabri..Sabri bertanya kepada budak tersebut kenapa dia menangis..lalu budak tersebut menceritakan kasutnya yang hilang dan hal keluarganya..Sabri berkata dan menasihati budak tersebut supaya bersabar..sesungguhnya rezeki Allah ada di mana-mana di muka bumi ini..sesungguhnya Rahmat Allah itu luas..dan Allah bersama dengan orang-orang yang sabar..air mata budak tersebut berhenti mengalir..Sabri tersenyum..lalu dia meminta izin untuk pulang, dia memberitahu takut penjaga Rumah Anak yatim tempatnya tinggal risau jika dia balik lewat dari membeli barang di kedai, semasa Sabri ingin pergi..budak tersebut terkjut..rupa-rupanya Sabri bukannya duduk ditepinya..tapi kedua-dua kakinya tiada..yang ada hanya alat yang membantunya untuk bergerak dan tangannya yang mengerakkan benda tersebut..menoleh sambil tersenyum Sabri berkata..sebab Allah sayangkan aku..aku redha dengan tetapanNya..aku masih beruntung mempunyai tangan..mungkin di luar sana ada yang tak mempunyai kaki malah juga tangan..budak tersebut terdiam..dan hatinya berkata..dia lebih susah dariku..tapi hatinya tersenyum dan yakin pada Allah..aku menangis kerana aku tidak mempunyai kasut..tapi dia..masih tersenyum walau tidak akan pernah punyai kasut kerana tidak mempunyai kaki...ya Allah ampunkan hambaMu ini..I love U ya Rabbi....renung-renungkanlah...~nur Kasih~



Isnin, 7 Januari 2013

si anak kecil dan telur ayam ~ bersabarlah~


" Bersabarlah, kerana belum tiba masanya. Jika kita tidak sabar, ia mungkin tidak akan muncul/datang kepada kita sampai bila2.. "

Kisah : Ibu, anak kecil dan telur ayam secara ringkas.

Si Anak kecil Dia Mengekori anak2 ayam yang berkeliaran di kawasan rumahnya, hinggalah anak2 ayam itu hendak masuk ke reban. Tetiba dia ternampak telur ayam. Dia cuba untuk menyentuh dan memegangnya.
Mujur si ibu ternampak kelibat anaknya yang hendak memegang telur ayam itu. Dalam masa yang sama, Si ibu ayam sudah mengembangkan bulunya gara2 ada orang hendak menyentuh/kacau telurnya.

Bermula dialog si ibu dan anak kecil :
Si ibu : Jangan!
anak kecil : kenapa ibu, dalam ni (telur) ada apa?

Si ibu : anak ayam
anak kecil : boleh adik tengok?
Si ibu : belum masanya lagi adik boleh tengok anak ayam tu, bila sampai masanya anak ayam ni akan keluar.

Keesokan harinya, si anak kecil pergi ke reban lagi untuk melihat telur itu barangkali anak ayam sudah menetas. Tetapi hampa, telur itu masih seperti biasa. Begitulah hari2 seterusnya anak ayam masih lagi belum menetas...

* Jika si anak kecil itu memecahkan telur ayam semata2 untuk melihat anak ayam di dalam itu, adakah anak ayam akan muncul? Sudah tentu tidak, kerana bukan masanya lagi anak ayam untuk muncul. Begitu juga dengan kehidupan ini, kekadang kita perlu bersabar, bersabar lagi dan terus bersabar, kerana kita tidak tahu bilakah masa yang sesuai untuk kita menemui hikmah disebalik kesabaran itu. Yakinlah bahawa Janji Allah itu pasti, di atas segala kesabaran kita yang dilakukan.

Sesuai dengan Firman Allah s.w.t :


(وَاصْبِرُوا إِنَّاللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ)
(الأنفال: 46)







manusia tidak pernah sempurna tapi bisa berubah ke arah lebih baik

" Manusia itu memang tidak akan pernah sempurna, 
Namun manusia itu bisa merubah dirinya ke arah yang lebih baik.
فاستبقوا الخيرات 
(berlumba2lah dalam melakukan kebaikan)


3 golongan yang wujud di akhirat nanti :
1. golongan kanan : Orang yang melakukan perintahnya dan meninggalkan larangannya
2. sebahagian kecil dalam golongan kanan : Mereka sentiasa mendahului orang lain dalam perkara2 kebaikan. ( Mereka akan melakukannya tanpa menunggu orang lain melakukan terlebih dahulu, baru dia hendak melakukannya) 
3. golongan kiri : orang yang melanggar perintahnya, dan dimurkai oleh Allah s.w.t


Sesuai dengan Firman Allah s.w.t :
Maksudnya : Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

7 ciri-ciri lelaki hebat dalam Agama




Ust Emran Ahmad wrote:

7 Ciri-ciri Lelaki Hebat dalam Agama

Ramai orang masih bertanya akan ciri-ciri lelaki yang soleh dan beragama itu bagaimana? Berikut ialah jawapan dari al-Kitab dan as-sunnah tentang ciri-ciri mereka.


1. Lelaki yang berjihad di jalan Allah

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar. ' [al-Hujurat:15]

2. Lelaki yang berbakti kepada ibubapa

Firman Allah SWT : 'Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapanya.' [al-Ankabuut :8] 

3. Lelaki yang alim menyampaikan ilmu

Firman Allah SWT : 'Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" [Az-Zumar:9]

4. Lelaki yang rajin menuntut ilmu

Dari Abu Umamah r.a bahwa nabi saw bersabda “Barangsiapa yang berusaha mencari satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga. [riwayat At-Tirmidzi]

5. Lelaki yang menjaga diri dari perkara yang haram

Firman Allah SWT : 'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman....dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki.' [al-Mukminun: 1-6]

6. Lelaki yang gigih beribadah

Firman Allah SWT : 'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.' [al-Mukminun: 1-2] 

7. Lelaki yang suka membantu orang lain


Diriwayatkan di dalam hadith, Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada kesusahan
dan kepayahan di dunia maka Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat, {riwayat Muslim}

yang.................itu...........

 Yang Singkat Itu "WAKTU".


 Yang Menipu Itu "DUNIA".


Yang Dekat Itu "KEMATIAN".


Yang Jauh Itu "MASA LAMPAU".


 Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".


 Yang Berat Itu "AMANAH"


 Yang Sulit Itu "IKHLAS".


 Yang Mudah Itu "MENINGGALKAN SOLAT".


 Yang Susah Itu "SABAR".


 Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".


Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH".


Yang Tajam Itu "LIDAH"



Yang Berharga Itu "IMAN"




Yang Menenteramkan Hati Itu ''BERZIKIR". ^^,

.............................................................................................



Jumaat, 4 Januari 2013

iman, ilmu dan amal...





" Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberi cahaya ke atas orang lain ( dan dalam masa yang sama ) membiarkan dirinya sendiri terbakar".

Perumpamaan seorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, dan melupakan kepentingan-kepentingan dirinya adalah seperti lampu pelita yang memberi cahaya kepada manusia dan membakar dirinya ".





Mengapa kita perlu membaca Al-Quran walaupun tidak memahami





Mengapa Kita perlu Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman.

Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.

Cucunya ingin menjadi seperti Atuk & meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun & jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya.


Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,
‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai & bawakan saya seguni air.’


Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa & berkata,
‘Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ Dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.

Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah.
Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni & dia pergi untuk mengambil baldi.
Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air.
Anda tidak cukup kuat mencubanya.’
Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.


Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai & berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut & buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar & dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman & luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita....