Isnin, 7 Januari 2013

7 ciri-ciri lelaki hebat dalam Agama




Ust Emran Ahmad wrote:

7 Ciri-ciri Lelaki Hebat dalam Agama

Ramai orang masih bertanya akan ciri-ciri lelaki yang soleh dan beragama itu bagaimana? Berikut ialah jawapan dari al-Kitab dan as-sunnah tentang ciri-ciri mereka.


1. Lelaki yang berjihad di jalan Allah

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar. ' [al-Hujurat:15]

2. Lelaki yang berbakti kepada ibubapa

Firman Allah SWT : 'Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapanya.' [al-Ankabuut :8] 

3. Lelaki yang alim menyampaikan ilmu

Firman Allah SWT : 'Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" [Az-Zumar:9]

4. Lelaki yang rajin menuntut ilmu

Dari Abu Umamah r.a bahwa nabi saw bersabda “Barangsiapa yang berusaha mencari satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga. [riwayat At-Tirmidzi]

5. Lelaki yang menjaga diri dari perkara yang haram

Firman Allah SWT : 'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman....dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki.' [al-Mukminun: 1-6]

6. Lelaki yang gigih beribadah

Firman Allah SWT : 'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.' [al-Mukminun: 1-2] 

7. Lelaki yang suka membantu orang lain


Diriwayatkan di dalam hadith, Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada kesusahan
dan kepayahan di dunia maka Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat, {riwayat Muslim}

2 ulasan:

  1. /'[1pada zaman sekarang ini sukar hendak jumpa lelaki yang betul-betul beriman 10% sahaja dapat ditemui lelaki yang betul-betul beriman.

    BalasPadam
  2. lelaki yang betul-betul beriman dia tak akan melakukan segala larangan Allah dan sentiasa beribadat kepada Allah.Tidak lupa mengenjar ilmu sehingga ke akhir hayat.

    BalasPadam