Suasana petang sungguh damai di ukm. Teringat pula kampung halaman. Tak sabar hati nk balik, lama betul tak jumpa dengan keluarga kt kampung, rindu... Paper exam masih ada lagi, boleh tahan juga semester ni, dapat paper falsafah untuk krts last exam. Sementara tunggu cik Siti ( kawan), aku duduk-duduklah bawah pokok, wah bestnye..indah sungguh ciptaan Allah, subhanaAllah. Tenang, biasalah kolej kediaman aku ni atas bukit sambil tu bolehlah tengok bas rengit ( nama bas kt ukm) bawa pelajar-pelajar balik dari exam.
Tengah mata aku ni sibuk perhatikan pemandangan dan keadaan dari atas bukit, tiba-tiba mata aku terpadang seorang tukang sapu balik dari kerja...seorang gadis perempuan.. Kelihatan dia penat balik dari kerjanya membersih kediaman pelajar. Jika lihat dari umur, kelihatan sebaya dengan umur aku. Hati aku mula terpikir, ya Allah betapa beruntungnya aku dari dia. Dalam umur aku sebegini, aku tak perlu berkerja keras mencari duit seperti dia. Aku lihat tanganku, kelihatan bersih tanpa lelah, dan bila aku lihat tangannya menceritakan seribu kepenatan yang hanya diri gadis itu dan Allah sahaja yang tahu. Sedangkan aku kadang-kadang mengeluh penat menaip tugasan-tugasan yang pensyarah beri, tapi jika dibanding diri aku dan diri dia, mungkin tangannya penat lagi barangkali. Berkerja sehari-hari, sedangkan diri aku ini, buat kerja kadang-kadang ikut mood, tapi dia..tak..terpaksa berkerja atas arahan, jika tak mungkin dimarahi.
Aku terus memerhati lagi, kelihatan dia sedang ketawa riang bersama rakan sekerjanya. Entah mengapa aku turut seolah tersenyum dengan keadaan gembira mereka. Ya Allah..sungguh Maha Adil Engkau ya Tuhanku..mungkin aku tak dapat cari segala jawapan yang bermain dalam fikiranku. Yang dapat aku ucapkan, segala yang Allah tetapkan dalam diri kita..sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya. Mungkin aku tak mampu menjadi sekuat gadis itu dan gadis itu mungkin tak mampu menjadi sekuat aku. Maksud aku disini, Allah takdirkan kehidupan gadis itu sebegitu, atas kemampuan gadis itu sendiri, bayangkan jika aku diletakkan di tempat gadis itu..mungkin aku tak kn setabah hati dia mencari rezeki dan begitu juga sebaliknya.
Dan hati aku berbicara sendiri lagi, sungguh malunya diri aku ini jika aku tidak tahu bersyukur atas segala pemberian daripada Allah. Allah berikan aku pengetahuan dan berikan aku segala kemudahan untuk aku menuntut ilmu malah dari segi kewangan pun keluarga aku masih mampu..Ya Allah Alhamdulillah ku ucapkan padaMu..maafkan diri ini jika terasa hidup ini susah, sedangkan masih ramai lagi di luar sana bertarung untuk terus hidup. Aku terus muhasabah diriku, tiba-tiba teringat kisah seorang pekerja ayah aku, kisah yang aku dengar dari ibu..masa tu, ibu terkejut lihat ayah buka almari baju abang-abang aku dan ambil semua baju yang masih baru dan meletakkan dalam beg. Melihat kelakuan ayah yang pelik, ibu aku teruslah bertanya hendak kemana semua baju-baju tu nk dibawa, nnt boleh bising pula abang-abang aku tengok baju mereka lihat dalam almari.
Sebab melihat keadaan ibu tertanya-tanya, lalu ayah aku pun ceritalah tentang seorang pekerja dia, umur dia sebaya dengan abang aku, kalau tak silap masa tu, abang aku umur baru 17 tahun, hendak menduduki Spm gitu, sekarang Alhamdulillah tengah menuntut di universiti kt Johor. Pekerja ayah aku ni dalam umur masih muda, ayah aku kesian juga tengok dia ni, jika dibanding dengan anaknya, abang aku tengah sibuk study mencari ilmu, dia dah mencari rezeki untuk family dia. dipendekkan cerita, ayah selalu perhatikan pekerja dia ni, tiap-tiap hari bila datang kerja, pakai baju yang sama je, esok baju tu lagi, lusa baju tu lagi, dan seterusnya. kalau tukar pun, mungkin baju yang lain, dan kemudian baju yang sama. Sedangkan pekerja-pekerja yang lain boleh je pakai baju yang tak sama.
Mungkin terlalu kerap, membuat hati ayah tertanya-tertanya, sedangkan ayah dh beri gaji tiap-tiap bulan. hati ayah aku pun tak tahan, dan terus bertanya kt budak laki tu, kenapa tak beli walau sehelai baju baru, kemana semua duit gaji dia?. budak laki tu pun ceritalah yang dia datang dari keluarga yang susah, ayah dia sakit dan tidak mampu untuk bekerja lagi, kebetulan adik beradik dia ramai dan dia merupakan anak sulung dalam keluarga dia..segala beban terpikul atas bahu dia. oleh kerana rasa kasih dan korban seorang abang, setiap duit gaji yang diterima terus dihantar pergi ke kampung untuk keluarga. Tanpa memikirkan keadaan diri, asal perut dapat mengalas sedikit makanan sebagai bekalan tenaga kudrat untuk bekerja sudah memadai bagi dia. Begitulah pergorbanan seorang abang dan bagaimana dengan kita??..masih tak bersyukur lagi ke??...
wahai kawan, jangan pernah putus asa dalam kehidupan kita..kadang-kadang memang hidup ini tidak pernah terlepas dari segala dugaan, tidak kira orang tu kaya ke miskin ke, terpelajar ke, tapi ingatlah..Allah tak pernah bebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu bagi hambaNya.. jangan pernah pandang hina pada mereka yang rendah taraf dari kita walaupun dia seorang tukang cuci, tukang sapu sampah, pengutip sampah..kita tak pernah tahu nilai taqwa dia kepada Allah, mungkin lebih baik dari kita. Dan di akhirat kelak, Allah tak akan asingkan hamba-hambaNya mengikut pekerjaaan atau pangkat di dunia ini, tapi yang membezakan kita hanyalah nilai taqwa dan keimanan kita kepada Allah, dengan itu antara syurga atau neraka tempatnya..
Dan ingatlah jika kita terasa kita susah bagai nak bunuh diri sebab masalah yang kita hadapi, sebenarnya di luar sana masih banyak manusia-manusia yang mungkin lebih susah daripada kita tapi masih tetap tersenyum mungkin jika masalah itu diberi kepada mereka, mungkin masalah itu bagai seekor semut di tapak tangan mereka, contohnya seorang budak kecil yang kaya berjalan dengan kasut barunya..lalu kasut baru dan mahalnya itu terkena benda tajam..terkoyak hanya sedikit di hujung kasut tersebut..lalu dia marah, sedih dan menangis..tiba-tiba lalu sekumpulan kanak-kanak miskin yang sedang berlari berkejaran..tiba-tiba salah seorang daripada mereka terjatuh di hadapan budak kaya tersebut..akibat terkejut budak kaya tersebut ingin membantunya untuk bangun, sedang dia ingin menarik tangan si budak miskin tersebut, lalu dia melihat kasut yang dipakai oleh si budak miskin..terkoyak habis..buruk..dia terdiam..dan berkata dalam hatinya..dia lebih susah dariku..tapi masih mengunakan kasutnya..selepas membantu si budak miskin bangun..si budak kaya pun balik dengan penuh rasa malu dengan sikapnya...
Si budak miskin dalam masa yang sama..melihat kasut si budak kaya..hati dia terasa sedih, mengapa kasut nya tak seperti si budak kaya tadi. Hatinya teringin untuk memiliki..tapi apakan daya keluarganya miskin..dalam mengenang nasib..dia melangkah lesu pulang..dalam perjalanan pulang..si budak miskin terdengar tangisan seorang budak, sebab perasaan ingin tahu, dia menghampiri dan duduk di tepi budak tersebut. Dan terus bertanya kenapa budak tersebut menangis..lalu budak tersebut menceritakan kasutnya hilang. Kasutnya yang hilang tersebut merupakan satu-satunya kasut yang dirinya ada. Dia takut untuk memberitahu ibunya tentang kehilangan kasutnya sebab melihat keadaan ibu dia sakit dan ayahnya yang sudah lama meninggal dunia, untuk mencari duit dan membeli kasut yang baru tentu amat sukar baginya sebagai seorang budak...si budak miskin tadi tak dapat berkata-kata..di dalam hatinya cuma berkata..dia lebih susah dariku..aku masih beruntung mempunyai sepasang kasut...lalu si budak miskin meminta diri untuk pulang dan hatinya kembali bersemangat...
Si budak yang kehilangan kasutnya tadi terus menangis..duduk seorang diri di bawah sepohon pokok..hari semakin gelap..dan menangislah dia di bawah sinaran bulan, tiba-tiba terdengar suara seorang budak yang lain menyapa namanya Sabri..Sabri bertanya kepada budak tersebut kenapa dia menangis..lalu budak tersebut menceritakan kasutnya yang hilang dan hal keluarganya..Sabri berkata dan menasihati budak tersebut supaya bersabar..sesungguhnya rezeki Allah ada di mana-mana di muka bumi ini..sesungguhnya Rahmat Allah itu luas..dan Allah bersama dengan orang-orang yang sabar..air mata budak tersebut berhenti mengalir..Sabri tersenyum..lalu dia meminta izin untuk pulang, dia memberitahu takut penjaga Rumah Anak yatim tempatnya tinggal risau jika dia balik lewat dari membeli barang di kedai, semasa Sabri ingin pergi..budak tersebut terkjut..rupa-rupanya Sabri bukannya duduk ditepinya..tapi kedua-dua kakinya tiada..yang ada hanya alat yang membantunya untuk bergerak dan tangannya yang mengerakkan benda tersebut..menoleh sambil tersenyum Sabri berkata..sebab Allah sayangkan aku..aku redha dengan tetapanNya..aku masih beruntung mempunyai tangan..mungkin di luar sana ada yang tak mempunyai kaki malah juga tangan..budak tersebut terdiam..dan hatinya berkata..dia lebih susah dariku..tapi hatinya tersenyum dan yakin pada Allah..aku menangis kerana aku tidak mempunyai kasut..tapi dia..masih tersenyum walau tidak akan pernah punyai kasut kerana tidak mempunyai kaki...ya Allah ampunkan hambaMu ini..I love U ya Rabbi....renung-renungkanlah...~nur Kasih~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan