Ahad, 20 Januari 2013

KONGSI LOLIPOP

Azhar dan Abu bersahabat namun daripada latar belakang yang berbeza. Azhar anak seorang peniaga. Abu pula miskin dan yatim piatu. Dia tinggal bersama-sama dengan neneknya yang sudah tua. Mereka sedang berjalan beriringan. Azhar sedang mengulum sebatang lolipop. Abu bertanya : "apa di dalam mulut kau, Azhar?"

"lolipop."
"lolipop? macam mana rasa lolipop ya?" Abu bertanya lagi.
"engkau tidak pernah rasa lolipop?"
Abu menggelengkan kepala. Dek kerana kemiskinan, Abu tidak pernah merasa lolipop apatah lagi membelinya.
"nah, kau ambil dan rasa!"
"terima kasih." Abu pantasa menyambut lolipop tersebut sambil senyum.
"wah, manisnya! Rupa-rupanya macam ni rasanya lolipop!"
"Okey, sekarang kau dah tahu rasa lolipop kan? sekarang boleh kau pulanhkan lolipop aku tu?"
dengan berat hati Abu menyerahkan kembali lolipop itu.

Abu mendapat satu helah. "Eh, aku dah lupa la macam mana rasa lolipop tadi," katanya tiba-tiba.
"kan kau dah rasa tadi"
"kejap sangat. Tu yang aku dah lupa rasanya".
"okey, kau rasa lolipop ni 10 saat, aku pula 10 saat." lolipop bertukar mulut.

" satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh...." Azhar mengira kemudian dia bertanya: "lepas tujuh tu apa ya?"
"dua" jawab Abu.
"satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan...." Azhar mengira lagi. Sekali lagi terbantut. "lepas lapan, apa ya?
"dua!"
"satu, dua, tiga, empat ,lima, enam, tujuh..." Azhar mengira lagi."eh, kenapa aku mengira tidak habis-habis ni?"

Abu yang kasihankan Azhar menghulurkan kembali lolipop kepada sahabatnya itu, Sebalik sahaja lolipop berpindah ke dalam mulut Azhar, Abu pantas mengira. Tepat 10 saat Abu mengira sampai angka 10.
Azhar akur. Diberikan lolipop kepada Abu. Azhar pula mengira. Kali ini tepat.
"Kamu tahu mengira sebenarnya?"
Azhar sekadar tersengih. Tahulah Abu bahawa Azhar sengaja mengira dengan salah untuk memberikannya peluang makan lolipop lebih lama.

Pengajaran : demi sebuah persahabatan, seorang insan sanggup melebihkan sahabatnya berbanding dirinya sendiri. Persahabatan yang paling indah semestinya persahabatan yang diasaskan atasa rasa cinta kepada Allah ..(^_^) Solusi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan