Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia
terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak
kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak
sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Kamal duduk di rumahnya…
cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul - betul menghabiskan
borehhh…
Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Natgeo di tv1… lepas tu sambung tengok Berita Perdana juga di tv1… lepas tu makan… lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak mengalahkan orang politik.
Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu…

Satu hari dia dapat idea… nak kenakan
Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji…” katanya kepada Kamal… “Boleh juga… ”
kata Kamal tanpa mengesyaki sesuatu.. Bila sahaja bermain, dia sengaja
membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal…
Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi makan lagi, dan lagi… dan lagi…” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… .agak-agaklaa…” katanya tersenyum..
“Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni… mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa…Mereka bermain set kedua… Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main damhaji tentu tak faham cerita ini… )…
kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji… Apa lagi… . “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena…
Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim…tak tinggal sembahyang lagi…
p/s : Apa yang pengajaran yang baik yang anda dapat dari kisah ni ? ( ^_^)..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan