Sekiranya.
kita cinta kepada manusia,
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan kepadaku..
~Aminah Qutb~
*Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan