Wanita
solehah adalah calon bidadari surga. Dia cantik kerana akhlaknya. Dia lembut
kerana kesopanannya. Tegar kerana kesabarannya. Bersinar wajahnya kerana
air wudhunya. Mempesona kerana cintanya pada Allah SWT. Bahkan bidadari
di surga pun iri terhadapnya, kerana wanita solehah jauh lebih baik
daripada bidadari surga. Wanita solehah adalah wanita yang hebat. Ia
teguh dan pemberani. Berani membela agamanya, berani menjaga kehormatan
dan harga dirinya. Selalu menutup auratnya. Wanita solehah itu pantang
menyerah. Selalu tabah dan tawakal dalam menempuh ujian dari Tuhannya.
Tak pernah rapuh, dan selalu ikhlas dalam hatinya. Seorang wanita
yang solehah mampu menjadi teladan bagi generasi di bawahnya. Ia penuh
dengan cinta kasih, serta memiliki akhlak yang mulia.
Selalu
menjaga diri dalam pergaulannya. Menjauhkan diri dari bermaksiat dan
selalu taat pada perintah Allah Ta'ala. Wanita yang solehah bersifat
Qana'ah (selalu merasa cukup). Tak banyak
tuntutan dan dapat menjadi isteri yang baik, serta ibu yang penyayang.
Rasulullah bersabda, "Ada empat wanita mulia yang juga penghulu
segala wanita di dunia. Mereka adalah Asiah binti Muzahim, istri
Fir'aun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwalid, istri
Rasulullah SAW; dan Fatimah binti Muhammad" (HR Bukhari)
1. Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
2. Maryam ialah simbol wanita yang dalam ibadahnya dan tinggi darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.
3. Khadijah ialah simbol isteri setia tanpa mengenal lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung berbagai risiko dan cubaan dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada Rasulullah.
4. Fatimah adalah simbol berbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Dia adalah teladan bagi seluruh muslimah di dunia.
Hadis dan ayat Al Qur'an tentang wanita solehah
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, …” (Q.S. An-Nuur: 31).
Sabda Rasulullah
yang isinya: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak,
yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia di mata
keluarganya; yang menghormati suaminya; menghias dirinya hanya untuk
suaminya tercinta; memelihara diri dari pandangan orang lain; yang
mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya."
“Apabila
bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan
dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina
kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).
Dari Anas,
Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang perempuan mendirikan
sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan
dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana
pintu yang dia sukai."( Hadis Riwayat Ahmad)
"Hendaklah
mereka menahan pandangannya dan memelihara farji (kemaluan) - nya; yang
demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita beriman,
hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara farji- nya dan
janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa nampak daripadanya." (QS.
An Nuur ayat 30-31)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan