Masa berlalu dengan cepat, keputusan Stpm pun dah diumumkan. Alhamdulillah nur dapat keputusan yang baik. Begitu juga dengan arwah. Nur tak sangka Allah atur pertemuan dan jadikan arwah sebagai sahabat nur, apabila nur dan arwah sama2 berjaya menyambung pelajaran ke Ukm. Pertemuan yang tak dirancang oleh kami, tapi telah dirancang yang Maha Berkuasa..Maha suci Mu yang Allah. Di universiti, nur dan arwah rapat sangat, tak pernah terpikir oleh nur yang nur akan rapat dengan arwah. Ya Allah, begitu sucinya hati sahabat nur ini, tak pernah marah, malah sentiasa sabar yang ada pada wajahnya. Demi Allah, nur benar2 tenang bersama arwah, semua berjalan dengan baik, malah arwah seorang yang sabar apabila mendengar nur meluah perasaan dan masalah nur. Nur dan arwah tak pernah terpisah, sentiasa duduk bersebelah di kelas dan kuliah, makan bersama2, pergi kuliah dan kelas bersama2, cuma waktu malam sahaja nur tak bersama arwah sebab bilik yang berlainan.
Arwah seorang yang pemalu, tapi seorang yang kuat hatinya untuk menyampaikan dakwahnya. Ya Allah sucinya hati sahabatku ini. Arwah suka menyampaikan dakwahnya di Fb, ramai orang yang suka akan penulisan arwah. Sebab arwah memang seorang yang seni, pandai bermadah malah setiap apa yang arwah hasilkan dalam penulisannya, dapat menyetuh perasaan orang yang membacanya. Ya Allah..semoga apa yang arwah tuliskan dan sampaikan sentiasa dijadikan pahala yang mengalir bagi arwah. Pada 22 hari bulan 3..arwah menyampaikan hasratnya untuk ke bandar Kajang. Kebetulan nur dan arwah memang merancang untuk keluar bersama..ayat terakhir arwah "selepas ni, kita dua tak dapat nak keluar lagi"..sebenarnya nur tak perasaan ayat tu membawa seribu erti yang tersembunyi...rupa-rupanya..arwah akan pergi jauh..
Di Kajang, arwah membeli tikar yang memang arwah teringin sangat nk beli. Arwah beli kasut baru, makanan..arwah nampak sihat. Masa makan, arwah makan banyak udang, sebab arwah suka udang. Malam dari Kajang, arwah beli ais-krim..arwah makan walaupun gigi arwah sakit. Arwah bagi kt nur sikit, hehe, nur pun sakit gigi. Tapi nur makan juga, sebab nak jaga hati arwah. Malam tu juga, nur, arwah dan dua lagi kawan nur lepas balik dari kajang terus ke Dewan sebab da ceramah daripada Tun Dr Mahathir. Masa tu, nur tak duduk tepi arwah, tapi hati nur teringin sangat nak duduk tepi arwah. Tapi nur biarkn saja. Balik dari dewan malam tu, arwah masih kelihatan sihat, kita orang balik happy je ke kolej. Malam tu juga, nur tidur kt bilik arwah sebab roomate arwah balik rumah. Bagaikan diatur, sem ni baru hari tu juga nur tidur bilik arwah lagi.
nur dan arwah borak2 malam tu, happy sangat. nur beritahu arwah yang nur nak berpuasa keesokan hari. Arwah buka semua makanan yang arwah beli. Arwah beritahu nur, kalau nur teringin nak makan, nur ambik je. Sebelum tidur malam tu, nur dan arwah sempat cuci kipas, nur pendek jadi nur tukang pegang kipas, arwah yang cuci. Comelnya arwah. Pagi tu, 23 hari bulan 3, nur tersedar dari tidur, disebabkan hp arwah berbunyi, dan arwah dah pasangkan alarm. Nur terus minum dan makan sikit, maklumlah kalau bab sahur, nur tak makan banyak. Nur lihat arwah masih tidur dan seperti biasa, tidak ada pa2 yang berlaku. Subuh tu, arwah terjaga, dan arwah bangunkan nur sekali. nur pesan kat arwah yang nur nak solat lepas arwah selesai solat, seperti yang dipesan, selesai arwah solat, arwah pun bangunkan nur. Masa nur solat, arwah g mandi.
nur lepas solat sambung g tido balik, arwah masih mandi masa tu. Masa nur terjaga, nur lihat arwah dah mandi dan pakai baju yang nur dan kawan nur hadiahkan masa hari lahir arwah dulu dan nur lihat arwah pun tertidur juga, mungkin sementara menunggu pukul 7 arwah tidur sekejap. Tiba2..nur terjaga dari tidur, sebab nur terdengar arwah menangis, tangisan lain daripada biasa. Hati nur hanya Allah sahaja yang tahu, nur pujuk arwah, nur tanya kenapa?kenapa?kenapa?..arwah bagaikan tak sedarkan diri terus menangis. Tetapi mata arwah tertutup. nur buntu, entah kenapa yang keluar dari mulut nur hanyalah, hanyalah persoalan kenapa?, oleh kerana nur tewas dalam persoalan dan kasihankan arwah, nur biarkan dan nur tenangkan arwah. nur lihat arwah masih tak tentu arah, cuma yang keluar dari bibir arwah hanyalah perkataan Agung..ya nama Tuhan yang mencipta Alam " Ya Allah"..berulang kali arwah menyebutnya. Hati nur semakin risau, dan kemudian arwah terdiam dan kelihatan tenang sedikit, lalu arwah meletak kepalanya di paha nur, nur belai rambut arwah..ingin sahaja pada masa itu, nur ingin juga katakan pada arwah..jangan sedih, aku kan ada..tapi entah, mengapa bibirku terdiam..diam seribu bahasa.
Kemudian arwah bangun, masih lagi "Allah" di bibirnya, nur terasa sayu, dan nur berikan segelas air untuk arwah. Tak disangka, arwah meletak balik air tersebut sehingga terkeluar air dari gelas dan membasahi lantai. Oleh kerana rasa kasihan dan sayang nur, ok nur biarkan sahaja,sebab dalam pikiran nur pada masa tu cuma ingin berikan keselesaan pada arwah. Dan arwah terus meletakkan kepalanya di bantal, arwah kelihatan tenang, seolah-olah membiarkan dirinya dibawa mimpi. Nur berada di tepi arwah, membiarkan arwah berehat, Ya Allah..nur tidak tahu, rupa2nya itulah saat terakhir arwah bersama nur. Nur terlelap menjaga arwah, dan apabila nur bangun semuala, nur kejutkan arwah, dalam pikiran nur pada masa tu, arwah akan tersedar...tapi..tak..tak..dan tak..nur terkejut dan jadi lemah, terus memanggil kawan2 di blik sebelah. Arwah dibawa ke hospital, arwah berada di pangkuan nur, air mata nur tidak berhenti mengalir, memang benar tidak pernah terlintas dalam pikiran nur..arwah kan pergi..pergi jauh..
Selepas nur hubungi keluarga arwah, kami sama2 menunggu di ruang menunggu. Kemudian doktor datang ke arah abg arwah dan bagaikan hujan melimpah ke atas diri nur, nur tidak dapat menahan sebak..mah.. kenapa pergi..nur masih perlukan mah..kita masih banyak perkara nak lakukan bersama kan..mah..arwah pergi 23 hari bulan 3..meninggalkan nur dengan seribu kenangan..nur iringi arwah sampai ke kampung halaman arwah. Sedih hati hanya Allah yang mengetahui..tapi diri ini tetap reda..reda dengan ketentuanMu ya Allah. Apalah nilai kasih sayang nur kepada arwah jika dibandingkan kasih sayang Allah. biarlah Allah yang menjaga arwah sebab cinta Allah itu tidak ada tandingannya. Semoga dirimu tenang di sana sayang..nantikan diriku di syurga..in Shaa Allah..nur kan sentiasa tabah menghadapi hidup ini dan akan teruskan perjuangan ini..walaupun nur tahu dirimu tiada di sisi nur lagi. Al-fatihah....Sahabat ku --------------..dirimulah sahabat sejati..di dunia dan di akhirat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan