Muslimah sejati tidak dilihat
dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.
Muslimah sejati tidak dilihat
daripada banyaknya dia berorganisasi, tetapi sebanyak mana dia telah
menjalankan amanah.
Muslimah sejati tidak dilihat
dari kehadirannya dalam syuro (mesyuarat), tetapi dilihat dari penglibatannya
dalam mencari solusi tentang suatu permasalahan.
Muslimah sejati tidak dilihat
dari tasnya yang selalu membawa al-Quran, tetapi dilihat dari hafazan dan
pemahamannya akan kandungan al-Quran tersebut.
Muslimah sejati tidak dilihat
tundukan matanya ketika berinteraksi, tetapi bagaimana dia mampu membentengi
hati.
Muslimah sejati tidak dilihat
dari penglibatan dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya
bekerja.
Muslimah sejati tidak dilihat
dari solatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Rabb di luar
aktiviti solatnya.
Muslimah sejati tidak dilihat
dari kasih sayangnya pada orang tua dan teman-teman, tetapi dilihat dari
besarnya kekuatan cintanya pada Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Muslimah sejati tidak dilihat
dari rutin dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak mana titisan air mata
penyesalannya sewaktu bersujud.
Seorang muslimah sejati bukan
dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati
yang ada di sebaliknya.
Muslimah sejati bukan dilihat
dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauhmana dia
menutupi bentuk tubuhnya.
Muslimah sejati bukan dilihat
dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan, tetapi dari keikhlasan dia
memberikan kebaikan itu.
Muslimah sejati bukan dilihat
dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering
mulutnya bicarakan.
Muslimah sejati bukan dilihat
dari keberaniannya dalam berpakaian, tetapi dilihat dari sejauhmana dia berani
mempertahankan kehormatannya.
Muslimah sejati bukan dilihat
dari kekhuatirannya digoda orang di jalan, tetapi dilihat dari kekhuatiran
dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.
Muslimah sejati bukan dilihat
dari besar dan banyaknya ujian yang dia jalani, tetapi dilihat dari sejauhmana
dia bersabar menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.
Dan ingatlah, muslimah sejati
bukan dilihat dari petahnya dia dalam pergaulan, tetapi dilihat dari sejauhmana
dia bisa menjaga kehormatan dirinya di dalam bergaul.
Makasih ya atas informasinya ...
BalasPadam