Ada
sepasang suami isteri, dimana sang isteri adalah wanita yang sangat cantik
tanpa cacat sedikitpun. Si suami begitu amat mencintai sang isteri, begitu juga
isterinya. Pada suatu ketika, telah tersebar
penyakit kulit yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit. Penyakit tersebut
juga telah terkena pada sang isteri. Dan
ternyata wajahnya pun mula hancur dan rosak sedikit demi sedikit oleh penyakit
tersebut.
Pada saat itu juga sang suami sedang berada di luar
kota dan hendak pulang. Dalam perjalanan pulang, sang suami mengalami kemalangan
yang mengakibatkan suaminya menjadi "Buta"...
Dari hari ke hari.....
Sang isteri yang pada mulanya cantik bagaikan bidadari
berubah menjadi wanita yang amat buruk dan menyeramkan namun sang suami tidak
dapat melihat perubahan itu, kehidupan mereka pun berjalan seperti biasa, penuh
kasih sayang dan cinta seperti awal mereka menikah.
Βerjalan 45 tahun, sang isteri meninggal, sang
suami merasa sangat bersedih dan turut merasa kehilangan. Setelah selesai pengebumian, sang suami adalah orang terakhir
yang keluar meninggalkan tanah perkuburan .
Ketika berjalan, datanglah seseorang menyapa,
"Pak cik..pak cik hendak kemana???"
Jawab sang suami, "Saya mahu pulang"
Мendengar jawaban tersebut, orang tersebut bersedih
dengan keadaan sang suami yang buta dan hidup sendiri.
Lalu orang tersebut berkata, "Bukankah pak cik
buta dan selalu bergandingan dengan sang isteri?? Bagaimana sekarang pak cik hendak pulang sendiri?"
Jawab sang suami, "Anak muda, sesuatu yang perlu
kamu ketahui, bahawa selama 45 tahun ini sebenarnya saya tidak buta, semua itu
saya lakukan agar tidak ada air mata dan kesedihan pada isteriku. Saya tahu,
bahawa wajah dan kulit isteriku sudah menjadi sangat menakutkan, tapi itu tidak
menjadi masalah bagi saya, kerana saya amat mencintainya".
Sungguh cinta yang berlandaskan kerana Tuhan.
Τerimalah pasangan kita seadanya, dengan segala kekurangan
dan kelebihannya
"KERANA KITA BUKAN MENCARI ORANG YANG SEMPURNA
tetapi BAGAIMANA MENCINTAI PASANGAN KITA
DENGAN CARA YANG SEMPURNA" dalam apapun situasi dan keadaan...