MAKANAN
MINUMAN
PAKAIAN
Allahuakhbar ! Apa-apa sahaja bentuk pertolongan yang kita beri, Allah menjanjikan balasan bukan sahaja dengan pertolongan yang sama, malah dengan nilai yang lebih tinggi. Ya, sama dari segi namanya, namun tidak pada nilainya.
Mana mungkin boleh disamakan makanan atau minuman di dunia dengan yang terdapat di akhirat nanti. Sehebat manapun makanan di dunia walaupun berharga ribuan ringgit, namun ia tidak dapat dibandingkan dengan makanan akhirat sekalipun disatukan semua wang milik manusia di dunia ini.
Allah tidak menjual ganjaran ini dengan wang dan harta yang ada di dunia, tetapi Allah hanya " Menjualnya" dengan amalan kita. Jadi, sama-sama kita kumpulkan sebanyak-banyak amalan baik di dunia. Semoga kita dapat "membeli" segala keperluan yang kita perlukan di akhirat kelak. ( ^ _^ )..
Tip BYB! solusi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan