Jumaat, 6 Jun 2014

Si Gadis Itu Sedang Menangis

Si gadis itu sedang menangis..
bibirnya hanya membisu
diamnya... takut untuk mengeluh
diamnya... takut untuk berburuk sangka
diamnya..kerana hatinya sedang memujuk!
memujuk dan terus memujuk
Allah sedang mengujimu wahai gadis

Si gadis itu sedang menangis..
bibirnya tidak membisu lagi
alunan suci mula beralun
hanya menyerah diri kepada Allah
berpegang dan cuba berpaut seteguhnya pada janji Allah

Si gadis itu sedang menangis..
hatinya bertanya dan mula merasa sayu
terlalu lenakah aku dalam tidurku?
lena dalam mimpi dunia yang fana
hingga aku begitu lemah dengan ujian Allah
padahal kerap kali pujukan hati menyatakan manisnya ujian daripadaNya

Si gadis itu sedang menangis..
Ya Allah..masih dia akan mampu bertahan
bertahan untuk sebuah penghidupan di dunia
bertahan untuk sebuah jalinan yang terikat
bertahan untuk terus menjaga hati-hati yang Engkau cipta
ya..dia menjawah lemah..aku bertahan
bertahan kerana yakin di sana ada kebahagiaan
kerana apa yang Allah simpan itu adalah lebih baik
walaupun hati ini kadang-kadang hilang merajuk dari tuannya

Si gadis itu sedang menangis
masih lamakah dia perlu lena dalam tidurnya
tidur yang disaluti mimpi buruk dunia
si gadis mula takut dengan mimpi ini
perlukah dia meminta untuk bangun
bangun..bangun dari lena yang panjang
kembali kepada kehidupan yang nyata
nyata bahkan hakiki
dia tertunduk diam..sesungguhnya dia masih berhenti di hadapan pintu
pintu persoalan..adakah aku sudah bersedia untuk bangun..

Si gadis itu sedang menangis
persoalan terus bergerak seiring dengan denyutan nadinya
bersediakah aku ya Allah..
bangun dan memohon engkau menarik nyawaku...
sedangkan mata zahirku telah menjadi buta mengira dosaku
malah mata hati juga menjadi kabur untuk menghitungnya

Si gadis itu sedang menangis
tiba-tiba hati mula berbicara
wahai Pemilik nyawaku
aku sedar...
betapa rimbunnya dosaku ya Tuhan
semua terlakar di lembah usiaku
masa yang tertinggal ini..
izinkan aku untuk kembali kepadaMu di dunia ini
izinkan aku untuk menikmati tidurku dalam mimpi indah dalam iman kepadaMu
sebelum diri kembali menghadapMu..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan