Isnin, 7 Januari 2013

si anak kecil dan telur ayam ~ bersabarlah~


‎" Bersabarlah, kerana belum tiba masanya. Jika kita tidak sabar, ia mungkin tidak akan muncul/datang kepada kita sampai bila2.. "

Kisah : Ibu, anak kecil dan telur ayam secara ringkas.

Si Anak kecil Dia Mengekori anak2 ayam yang berkeliaran di kawasan rumahnya, hinggalah anak2 ayam itu hendak masuk ke reban. Tetiba dia ternampak telur ayam. Dia cuba untuk menyentuh dan memegangnya.
Mujur si ibu ternampak kelibat anaknya yang hendak memegang telur ayam itu. Dalam masa yang sama, Si ibu ayam sudah mengembangkan bulunya gara2 ada orang hendak menyentuh/kacau telurnya.

Bermula dialog si ibu dan anak kecil :
Si ibu : Jangan!
anak kecil : kenapa ibu, dalam ni (telur) ada apa?

Si ibu : anak ayam
anak kecil : boleh adik tengok?
Si ibu : belum masanya lagi adik boleh tengok anak ayam tu, bila sampai masanya anak ayam ni akan keluar.

Keesokan harinya, si anak kecil pergi ke reban lagi untuk melihat telur itu barangkali anak ayam sudah menetas. Tetapi hampa, telur itu masih seperti biasa. Begitulah hari2 seterusnya anak ayam masih lagi belum menetas...

* Jika si anak kecil itu memecahkan telur ayam semata2 untuk melihat anak ayam di dalam itu, adakah anak ayam akan muncul? Sudah tentu tidak, kerana bukan masanya lagi anak ayam untuk muncul. Begitu juga dengan kehidupan ini, kekadang kita perlu bersabar, bersabar lagi dan terus bersabar, kerana kita tidak tahu bilakah masa yang sesuai untuk kita menemui hikmah disebalik kesabaran itu. Yakinlah bahawa Janji Allah itu pasti, di atas segala kesabaran kita yang dilakukan.

Sesuai dengan Firman Allah s.w.t :


(وَاصْبِرُوا إِنَّاللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ)
(الأنفال: 46)







manusia tidak pernah sempurna tapi bisa berubah ke arah lebih baik

‎" Manusia itu memang tidak akan pernah sempurna, 
Namun manusia itu bisa merubah dirinya ke arah yang lebih baik.
فاستبقوا الخيرات 
(berlumba2lah dalam melakukan kebaikan)


3 golongan yang wujud di akhirat nanti :
1. golongan kanan : Orang yang melakukan perintahnya dan meninggalkan larangannya
2. sebahagian kecil dalam golongan kanan : Mereka sentiasa mendahului orang lain dalam perkara2 kebaikan. ( Mereka akan melakukannya tanpa menunggu orang lain melakukan terlebih dahulu, baru dia hendak melakukannya) 
3. golongan kiri : orang yang melanggar perintahnya, dan dimurkai oleh Allah s.w.t


Sesuai dengan Firman Allah s.w.t :
Maksudnya : Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

7 ciri-ciri lelaki hebat dalam Agama




Ust Emran Ahmad wrote:

7 Ciri-ciri Lelaki Hebat dalam Agama

Ramai orang masih bertanya akan ciri-ciri lelaki yang soleh dan beragama itu bagaimana? Berikut ialah jawapan dari al-Kitab dan as-sunnah tentang ciri-ciri mereka.


1. Lelaki yang berjihad di jalan Allah

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar. ' [al-Hujurat:15]

2. Lelaki yang berbakti kepada ibubapa

Firman Allah SWT : 'Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapanya.' [al-Ankabuut :8] 

3. Lelaki yang alim menyampaikan ilmu

Firman Allah SWT : 'Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" [Az-Zumar:9]

4. Lelaki yang rajin menuntut ilmu

Dari Abu Umamah r.a bahwa nabi saw bersabda “Barangsiapa yang berusaha mencari satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga. [riwayat At-Tirmidzi]

5. Lelaki yang menjaga diri dari perkara yang haram

Firman Allah SWT : 'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman....dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki.' [al-Mukminun: 1-6]

6. Lelaki yang gigih beribadah

Firman Allah SWT : 'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.' [al-Mukminun: 1-2] 

7. Lelaki yang suka membantu orang lain


Diriwayatkan di dalam hadith, Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada kesusahan
dan kepayahan di dunia maka Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat, {riwayat Muslim}

yang.................itu...........

 Yang Singkat Itu "WAKTU".


 Yang Menipu Itu "DUNIA".


Yang Dekat Itu "KEMATIAN".


Yang Jauh Itu "MASA LAMPAU".


 Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".


 Yang Berat Itu "AMANAH"


 Yang Sulit Itu "IKHLAS".


 Yang Mudah Itu "MENINGGALKAN SOLAT".


 Yang Susah Itu "SABAR".


 Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".


Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH".


Yang Tajam Itu "LIDAH"



Yang Berharga Itu "IMAN"




Yang Menenteramkan Hati Itu ''BERZIKIR". ^^,

.............................................................................................



Jumaat, 4 Januari 2013

iman, ilmu dan amal...





" Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberi cahaya ke atas orang lain ( dan dalam masa yang sama ) membiarkan dirinya sendiri terbakar".

Perumpamaan seorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, dan melupakan kepentingan-kepentingan dirinya adalah seperti lampu pelita yang memberi cahaya kepada manusia dan membakar dirinya ".





Mengapa kita perlu membaca Al-Quran walaupun tidak memahami





Mengapa Kita perlu Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman.

Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.

Cucunya ingin menjadi seperti Atuk & meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun & jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya.


Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,
‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai & bawakan saya seguni air.’


Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa & berkata,
‘Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ Dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.

Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah.
Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni & dia pergi untuk mengambil baldi.
Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air.
Anda tidak cukup kuat mencubanya.’
Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.


Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai & berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut & buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar & dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman & luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita....






Rabu, 2 Januari 2013

Senyumlah walau hati terluka


Senyumlah..walaupun hatimu mungkin terluka atau sedang berduka. Kerana senyuman adalah terapi yang paling mudah dan murah utk menyembuhkan dan meringankan kedukaan serta kesedihan yg kau rasai. Usahlah ditangis atau diratap kesedihanmu kerana tak siapa bisa mengubatinya melainkan kekuatan dlm dirimu sendiri. Kekuatan yg dianugerahkanNya. Tetapi, jika kau ingin menangis juga bagi melepaskan beban yg terbuku didada, menangislah. Asalkn jgn keterlaluan hingga lupa padaNya. 

Tak mengapa jika tiada insan menemani saat kesedihanmu..atau org yg kau harapkan dpt berkongsi kedukaanmu tidak mempedulikanmu..kerana percayalah DIA akan selalu bersamamu. DIA takkan pernah membiarkanmu sendirian. DIA akan tetap selalu menjagamu. DIA mendengar dan melihat saat kau mengesat air matamu. Kau tidak bersendirian sebenarnya. DIA selalu ada. Jadi, senyumlah keranaNYa. Nescaya DIA akan berikan kekuatan padamu utk mengharungi kehidupan. ( ^ _^ )..