Rabu, 23 Januari 2013

Kekasih Allah..Salam Maulidur Rasul..

Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya habibi salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya habibi salammualaika

Malu rasanya mengatakan cinta
 Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah



Ahad, 20 Januari 2013

KONGSI LOLIPOP

Azhar dan Abu bersahabat namun daripada latar belakang yang berbeza. Azhar anak seorang peniaga. Abu pula miskin dan yatim piatu. Dia tinggal bersama-sama dengan neneknya yang sudah tua. Mereka sedang berjalan beriringan. Azhar sedang mengulum sebatang lolipop. Abu bertanya : "apa di dalam mulut kau, Azhar?"

"lolipop."
"lolipop? macam mana rasa lolipop ya?" Abu bertanya lagi.
"engkau tidak pernah rasa lolipop?"
Abu menggelengkan kepala. Dek kerana kemiskinan, Abu tidak pernah merasa lolipop apatah lagi membelinya.
"nah, kau ambil dan rasa!"
"terima kasih." Abu pantasa menyambut lolipop tersebut sambil senyum.
"wah, manisnya! Rupa-rupanya macam ni rasanya lolipop!"
"Okey, sekarang kau dah tahu rasa lolipop kan? sekarang boleh kau pulanhkan lolipop aku tu?"
dengan berat hati Abu menyerahkan kembali lolipop itu.

Abu mendapat satu helah. "Eh, aku dah lupa la macam mana rasa lolipop tadi," katanya tiba-tiba.
"kan kau dah rasa tadi"
"kejap sangat. Tu yang aku dah lupa rasanya".
"okey, kau rasa lolipop ni 10 saat, aku pula 10 saat." lolipop bertukar mulut.

" satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh...." Azhar mengira kemudian dia bertanya: "lepas tujuh tu apa ya?"
"dua" jawab Abu.
"satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan...." Azhar mengira lagi. Sekali lagi terbantut. "lepas lapan, apa ya?
"dua!"
"satu, dua, tiga, empat ,lima, enam, tujuh..." Azhar mengira lagi."eh, kenapa aku mengira tidak habis-habis ni?"

Abu yang kasihankan Azhar menghulurkan kembali lolipop kepada sahabatnya itu, Sebalik sahaja lolipop berpindah ke dalam mulut Azhar, Abu pantas mengira. Tepat 10 saat Abu mengira sampai angka 10.
Azhar akur. Diberikan lolipop kepada Abu. Azhar pula mengira. Kali ini tepat.
"Kamu tahu mengira sebenarnya?"
Azhar sekadar tersengih. Tahulah Abu bahawa Azhar sengaja mengira dengan salah untuk memberikannya peluang makan lolipop lebih lama.

Pengajaran : demi sebuah persahabatan, seorang insan sanggup melebihkan sahabatnya berbanding dirinya sendiri. Persahabatan yang paling indah semestinya persahabatan yang diasaskan atasa rasa cinta kepada Allah ..(^_^) Solusi...

Jumaat, 18 Januari 2013

PENGEMIS PRO

Seorang peminta sedekah duduk tunduk di sebuah kaki lima, meraih simpati orang yang lalu lalang agar ada yang menghulurkan walau sekeping duit syiling. Itulah rutinnya sejak beberapa tahun. Seorang lelaki separuh usia mendekatinya. Tangannya yang tertadah dihulurkan kepada si peminta sedekah ;" Tolong sedekahkan saya sedikit wang ". Si peminta sedekah agak terkejut.

Ya orang yang meminta itu kelihatan berpakaian kemas. Tiada tanda miskin atau fakir pada wajah dan penampilannya. "maaf, saya ni peminta sedekah. Bagaimana saya boleh memberikan kamu wang kepada kamu. Saya tiada punya apa-apa.."

"Siapa kata kamu tidak punya apa-apa? kamu ada bangku kayu yang kamu sedang duduk itu."

" tapi dari tadi saya meminta sedekah namun belum peroleh apa-apa hasil lagi".

"Begini, saya ada satu petua. Kalau kamu inginkan hasil 'kutipan' yang lebih lumayan, kamu dengar petua saya ini.." kata lelaki itu kepada peminta sedekah. Dia pun membisikkan petuanya kepada si peminta sedekah. Peminta sedekah itun pun mendengar dan mengangguk-angguk tanda faham.

Keesokan hari, pagi-pagi lagi si peminta sedekah sudah duduk di kaki lima itu. Itu pesan pertama lelaki tersebut; perlu keluar awal pagi. Ternyata benar. Hasil mengemis hari itu cukup luar biasa. Hari berikutnya, si peminta sedekah itu menjahit kasut usang miliknya. Ini pesanan kedua lelaki tersebut. Peralatan menjahit turut dibekalkan oleh lelaki itu. Pesannya lagi, perlu menjahit dengan bersungguh-sungguh agar orang yang lalu lalang simpati melihat dia menjahit kasut sendiri kerana tiada wang untuk membeli kasut baru.

Sedang asyik membongkok menjahit kasut, dia disapa : "Ni kasut saya ada koyak sikit, Boleh anda tolong jahitkan?..Si peminta sedekah tergamam. Sekarang dia disangka sebagai penjahit kasut, bukan lagi peminta sedekah. Entah mengapa, apabila dia tidak dianggap peminta sedekah, harga dirinya terasa tinggi. Dia pun mengambil kasut orang itu dan mula menjahitnya dengan tekun. Setelah siap dia menghulurkan kembali kepada orang itu.

"Wah, kemas hasil kerja kamu. Nah, ini upahnya. Bakinya kamu simpan," katanya menghulurkan wang RM10. Kini peminta sedekah itu masih duduk di atas bangku kayunya. Bukan lagi sebagai peminta sedekah, sebaliknya sebagai tukang jahit kasut.

p/s Apabila kita berusaha dan sentiasa berfikiran positif, maka kita akan dapat mengubah diri kita ke arah yang lebih baik..~solusi~

Rabu, 16 Januari 2013

Pemakaian Cincin Mengikut Islam


“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan janganlah memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

# Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyiduna Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.

Kisah Bulu Mata Orang Yang Bertaubat


Diriwayatkan di Hari Pembalasan kelak,ada seorang hamba ALLAH sedang diadili.Ia dituduh bersalah,mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.Tetapi ia berkeras membantah.Tidak.Demi langit dan bumi sungguh tidak benar.Saya tidak melakukan semua itu.

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat.
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan,lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya,ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah,“Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.”

“Inilah saksi-saksi itu,”kata malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara,“Saya yang memandangi.”
Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.”
Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”

Bibir mengaku, “Saya yang merayu.”
Lidah menambah, “Saya yang mengisap.”
Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meremas.”
Kaki menyusul,“Saya yang dipakai lari ketika ketahuan.”

“Nah kalau kubiarkan,seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu,ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi.Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal diletakkan ke dalam jahanam.Padahal,rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”

“Silakan”,kata malaikat.

“Terus terang saja,menjelang ajalnya,pada suatu tengah malam yg lengang,aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya.Bukankah nabinya pernah berjanji,bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat,walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya,namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka.Maka saya,selembar bulu matanya,berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga:

“Lihatlah, hamba ALLAH ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata. (atas rahmat ALLAH) sungguh ALLAH Maha Pemberi Kurnia..."

Nusaibah Serikandi Perang

Nusaibah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah.

Nusaibah di Perang Uhud
Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari dikejar musuh.

Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, inggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh.

Rasulullah yang melihat peristiwa itu merasa terharu. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” kata Rasulullah kepadanya.

Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang.

“Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah.

Kemudian, Nusaibah dengan bantuan beberapa tentera Muslimin berjaya membunuh orang itu. Melihatkan keadaan ini, Rasulullah berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menenangkanmu dan menggembirakan hatimu daripada musuhmu serta memperlihatkan balas dendammu dihadapanmu.”

Ketika Perang Uhud ini, Nusaibah mengalami luka yang banyak, terutamanya di bahagian bahu. Rasulullah memeriksa lukanya lalu meminta Abdullah, anaknya untuk mengikat luka tersebut sambil berkata, “Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kamu semua.”

Nusaibah mendengar kata-kata Rasulullah itu. “Ya Rasulullah! Mohonlah kepada Allah agar kami boleh menemanimu di syurga nanti,” kata Nusaibah.

Maka Rasulullah pun berdoa, “Ya Allah! Jadikalnlah mereka semua ini penemanku di syurga kelak.”

“Aku tidak akan mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia ini,” kata Nusaibah sebagai membalas.

Nusaibah di Perang Yamamah
Perang terakhir yang diikuti oleh Nusaibah ialah Perang Yamamah. Perang ini berlaku ketika pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq bagi memerangi orang-orang murtad yang diketuai oleh Musailamah al-Kazzab.

Nusaibah berperang dengan sesungguh hatinya walaupun ketika itu sebelah tangannya telah putus. Ketika tentera Islam berjaya membunuh Musailamah dan para pengikutnya, dia bersujud kepada Allah sebagai tanda kesyukuran akan berakhirnya fitnah tersebut.

Nusaibah punya karamah.
Nusaibah dikurniakan Allah dengan pelbagai kelebihan yang tiada pada orang lain. Ketika Rasulullah mencukur rambutnya di al-Hudaibiyyah, para sahabat berusaha mendapatkan rambut tersebut. Nusaibah mengambil beberapa helai rambut dan air cucian rambut ini digunakan oleh pesakit untuk mandi dan minum. Dengan izin Allah, pesakit itu sembuh.

Tangannya sebelah telah putus ditetak musuh semasa Perang Yamamah. Apabila ada orang yang sakit datang menemuinya, Nusaibah akan mengusap si pesakit menggunakan tangannya yang kudung itu sambil berdoa supaya sembuh. Dengan izin Allah, pesakit itu sembuh..


KENAPA KEDUA BIBIR TIDAK BERGERAK KETIKA MENGUCAP LA ILA-HA ILLALLAH?


Kenapa ke dua-dua bibir kita (atas dan bawah)
tidak bergerak sewaktu kita mengucapkan Kalimah
Syahadah LA ILA-HA ILLALLAH?

Ha, cuba try sebut LA ILA-HA ILLALLAH...Kedua-
dua bibir kita tak bergerakan?

Kenapa dan mengapa??

Jawapannya: Itulah Rahmat Allah yang amat besar
ke atas hamba-hambaNya...

Ini kerana seseorang yang didatangi Sakaratul
Maut (Nazak), dia sudah tidak berdaya lagi
menggerakkan seluruhnya tubuhnya kecuali LIDAH
nya sahaja.. 

Maha Suci Allah..