Selasa, 27 Ogos 2013

Menyapu Dahi dan Hidung Sesudah Solat

Daripada Abu Said al-Khidri : "Aku melihat Rasulullah s.a.w sujud di atas air dan tanah sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah di dahinya". ( Riwayat al-Bukhari).

Kefahaman yang dapat diambil daripada hadis ini ialah :


  • Nabi s.a.w tidak menyapu dahi Baginda semasa solat walaupun dahi Baginda terdapat kesan tanah dan air di dahi Baginda.
  • Nabi s.a.w juga tidak menyapu dahinya selepas solat. Kalaulah terdapat ihtimal selepas solat, maka itu kerana membuang kesan tanah, air dan seumpamanya yang ada di dahi. Biasanya, kini kita sujud dia atas permaidani yang bersih. Maka, keperluan menyapu dahi juga bukanlah daripada perbuatan solat yang mesti dibuat. Sahihnya, Nabi Muhammad s.a.w juga tidak melakukannya. Al-Hafiz ibn Hajar al-Syafi'i pula menyatakan bahawa jika Nabi s.a.w melakukannya pun, maka ia tindakan menyapu habuk, debu dan kesan tanah di dahi Baginda. Ia termasuk dalam bab jibliyyah ( perkara semula jadi kemanusiaan) dan bukannya satu amalan untuk merapatkan diri kepada Allah s.w.t ( Fath al-Bari, jil 2, hlm.416)
Walaupun demikian, menurut ulama mazhab Syafi'i, perbuatan menyapu dahi selepas solat digalakkan berdasarkan hadis berikut : " Apabila Rasulullah s.a.w selesai solat, maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanan sambil berdoa yang bermaksud : "Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, jauhkan aku daripada kesakitan dan kedukacitaan." ( Riwayat al-Tabarani).

Satu lagi hujah berkaitan seperti yang terdapat dalam hadis : " Daripada Qatadah, sesungguhnya dia telah menyapu dahinya apabila selesai solat sebelum memberi salam." ( Musannaf Abdul Razzak, jil 2, hlm 42)

Menurut ulama Syafi'i contohnya dalam I'anah al-Talibin, walaupun hadis daif, ia masih digalakkan untuk dilakukan kerana termasuk dalam kategori fada'il al-'amal ( kelebihan-kelebihan amalan). Namun, amalan ini tidak dapat dijumpai dalam kitab muktamad mazhab Syafi'i seperti al-Um, Rawdah al-Talibin, Tuhfah al-Muntaj, Nihayah al-Muhtaj, Mughni al-Muhtaj dan lain-lain.

Justeru, menisbahkan pendapat menyapu muka selepas solat kepada mazhab Syafi'i masih boleh dipertikaikan kerana ia mungkin pendapat peribadi beberapa ulama bermazhab Syafi'i dan bukan pendapat mazhab.

sumber : Formula Solat Sempurna, Ustaz Zaharuddin Abd.Rahman, terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd.

Tenanglah Wahai Hati..

Wahai sang hati yang gundah..tenanglah sayang kerana..
Ketenangan itu laksana sebatang sungai di tengah-tengah hutan yang ditemui oleh seorang pengembara yang tersesat di dalamnya. Pengembara tersebut dapat mendengar dengan jelas kelembutan aliran sungai tersebut dan diiringi bunyi unggas yang berada di dalamnya.


Sebagaimana ketenangan menghayati alam semula jadi ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa, hati seorang manusia itu akan berasa tenang apabila dirinya sentiasa mengingati Allah s.w.t.

Seseorang yang menuntut sebuah ketenangan, menjadi seorang yang amat mengambil berat terhadap kualiti hubungannya dengan Allah dalam setiap perkara yang berlaku.

Dia merupakan seorang yang sentiasa berhati-hati dalam memilih jalan makruf atau mungkar dalam hidupnya. Ketenangan hati yang diingininya mendambakan kata-katayang bermanfaat, hanya mendengar perkara kebaikan, mata yang menjauhi daripada melihat kemungkaran dan anggota badan yang sunyi daripada melakukan maksiat.

Alhasil, ketenangan yang dirasai dalam segenap diri dan jiwanya akan menatijahkan kerja dan implikasi yang sempurna dan sudah pasti dia akan berpuas hati dengan jalan benar yang telah diambil untuk mencari sebuah ketenangan hakiki.


Jiwa yang sentiasa berkeluh kesah dan dihurung dengan pelbagai kebimbangan umpama sebuah kolam buatan manusia yang keruh airnya dan dipenuhi dengan sampah sarap.

Kebimbangan yang melampau akan membantutkan semua tugasan. Dirinya bimbang jika tidak dapat menyiapkan suatu kerja dalam tempoh yang diberikan. Hatinya juga bimbang jika dia tidak mampu menghasilkan sesuatu yang terbaik. Kepalanya bimbang memikirkan apa tanggapan orang lain terhadap hasil tugasannya tersebut. Akibatnya, semua kerja tidak menjadi.

Namun, bimbang yang sewajarnya perlu disertakan dalam setiap perbuatan dan perkataan. Tahap kebimbangan yang wajar ini dapat membawa seseorang agar berfikir dan seterusnya bertindak dengan lebih rasional dalam tugasanya.

Ingatlah...sedikit bimbang membawa kepada hati-hati, terlebih bimbang akan menyebabkan syaitan mengambil peluang untuk membuka lebih luas lagi pintu kebimbangan.

Bukankah Rasulullah s.a.w telah mengajarkan sebuah doa yang sangat mudah untuk menghindari daripada penyakit ini? Baginda bersabda yang bermaksud : " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kebimbangan dan kesedihan." ( Riwayat Abu Daud).

Rabu, 12 Jun 2013

Hidup Sebagai Seorang Pejuang


maka bangkitlah semangat pejuang!!
hidup di dunia hanyalah sementara..
hakikatnya akhirat jua menjadi kampung halaman..
datangnya kita dariNya..
pulanglah jua kita kepadaNya..
aku bukan yang terbaik
bukan jua yang terhebat
cuma ingin bersama dan bertemu yang beriman
agar ukhuwah dan tali persaudaraan islam itu sama-sama kita pegang teguh
ya Allah..ajarilah aku agar aku sentiasa istiqamah dalam mencintaiMu
dan ajarilah aku agar aku dapat membawa saudara-saudara islamku
bersama mencintaiMu..

Selasa, 11 Jun 2013

Mencintai Dengan Sempurna~Bukan Paras Rupa Jadi Ukuran~

Ada sepasang suami isteri, dimana sang isteri adalah wanita yang sangat cantik tanpa cacat sedikitpun.  Si suami begitu amat mencintai sang isteri, begitu juga isterinya. Pada suatu ketika, telah tersebar penyakit kulit yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit. Penyakit tersebut juga telah terkena pada sang isteri. Dan ternyata wajahnya pun mula hancur dan rosak sedikit demi sedikit oleh penyakit tersebut.

Pada saat itu juga sang suami sedang berada di luar kota dan hendak pulang. Dalam perjalanan pulang, sang suami mengalami kemalangan yang mengakibatkan suaminya menjadi "Buta"...

Dari hari ke hari.....

Sang isteri yang pada mulanya cantik bagaikan bidadari berubah menjadi wanita yang amat buruk dan menyeramkan namun sang suami tidak dapat melihat perubahan itu, kehidupan mereka pun berjalan seperti biasa, penuh kasih sayang dan cinta seperti awal mereka menikah.

Βerjalan 45 tahun, sang isteri meninggal, sang suami merasa sangat bersedih dan turut merasa kehilangan. Setelah selesai pengebumian, sang suami adalah orang terakhir yang keluar meninggalkan tanah perkuburan .

Ketika berjalan, datanglah seseorang menyapa,
"Pak cik..pak cik hendak kemana???"
Jawab sang suami, "Saya mahu pulang"

Мendengar jawaban tersebut, orang tersebut bersedih dengan keadaan sang suami yang buta dan hidup sendiri.

Lalu orang tersebut berkata, "Bukankah pak cik buta dan selalu bergandingan dengan sang isteri?? Bagaimana sekarang pak cik  hendak pulang sendiri?"

Jawab sang suami, "Anak muda, sesuatu yang perlu kamu ketahui, bahawa selama 45 tahun ini sebenarnya saya tidak buta, semua itu saya lakukan agar tidak ada air mata dan kesedihan pada isteriku. Saya tahu, bahawa wajah dan kulit isteriku sudah menjadi sangat menakutkan, tapi itu tidak menjadi masalah bagi saya, kerana saya amat mencintainya".

Sungguh cinta yang berlandaskan kerana Tuhan.


Τerimalah pasangan kita seadanya, dengan segala kekurangan dan kelebihannya
"KERANA KITA BUKAN MENCARI ORANG YANG SEMPURNA tetapi BAGAIMANA MENCINTAI PASANGAN KITA DENGAN CARA YANG SEMPURNA" dalam apapun situasi dan keadaan...

Khamis, 16 Mei 2013

Kisah Rasulullah SAW Dengan Sebiji Limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Sekiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.



Rabu, 24 April 2013

Siapakah dia MUSLIMAH SEJATI????


Muslimah sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.

Muslimah sejati tidak dilihat daripada banyaknya dia berorganisasi, tetapi sebanyak mana dia telah menjalankan amanah.

Muslimah sejati tidak dilihat dari kehadirannya dalam syuro (mesyuarat), tetapi dilihat dari penglibatannya dalam mencari solusi tentang suatu permasalahan.

Muslimah sejati tidak dilihat dari tasnya yang selalu membawa al-Quran, tetapi dilihat dari hafazan dan pemahamannya akan kandungan al-Quran tersebut.

Muslimah sejati tidak dilihat tundukan matanya ketika berinteraksi, tetapi bagaimana dia mampu membentengi hati.

Muslimah sejati tidak dilihat dari penglibatan dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya bekerja.

Muslimah sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Rabb di luar aktiviti solatnya.

Muslimah sejati tidak dilihat dari kasih sayangnya pada orang tua dan teman-teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cintanya pada Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Muslimah sejati tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak mana titisan air mata penyesalannya sewaktu bersujud.

Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di sebaliknya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauhmana dia menutupi bentuk tubuhnya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan, tetapi dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.

Muslimah sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian, tetapi dilihat dari sejauhmana dia berani mempertahankan kehormatannya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalan, tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.

Muslimah sejati bukan dilihat dari besar dan banyaknya ujian yang dia jalani, tetapi dilihat dari sejauhmana dia bersabar menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.

Dan ingatlah, muslimah sejati bukan dilihat dari petahnya dia dalam pergaulan, tetapi dilihat dari sejauhmana dia bisa menjaga kehormatan dirinya di dalam bergaul.


Rabu, 10 April 2013

Wanita Ibarat Epal

Wanita ibarat Epal
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi
kerana ia berguguran di tanah
Tapi Epal yang tak mampu dibeli berada di puncak
susah dipetik, susah digapai
terkadang, Epal itu risau kenapalah diriku belum dipetik..?
lantas ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan diri menyembah tanah..
Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya
sehingga tidak ada siapa yang berani memetiknya
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu..
Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat..?
Biarlah jodoh bukan di dunia
asalkan cinta ILLAHI mengiringi kehidupan kita ini..
In shaa Allah my dear..