" Manusia itu memang tidak akan pernah
sempurna,
Namun manusia itu bisa merubah dirinya ke arah
yang lebih baik.
فاستبقوا الخيرات
(berlumba2lah dalam melakukan kebaikan)
3 golongan yang wujud di
akhirat nanti :
1. golongan kanan : Orang yang melakukan
perintahnya dan meninggalkan larangannya
2. sebahagian kecil dalam golongan kanan :
Mereka sentiasa mendahului orang lain dalam perkara2 kebaikan. ( Mereka akan
melakukannya tanpa menunggu orang lain melakukan terlebih dahulu, baru dia
hendak melakukannya)
3. golongan kiri : orang yang melanggar
perintahnya, dan dimurkai oleh Allah s.w.t
Sesuai dengan Firman Allah s.w.t :
Maksudnya : Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan